awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai hampir RM1 juta di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
25/03/2025
07:00 MYT
Kastam rampas mercun, bunga api bernilai hampir RM1 juta di Pulau Pinang
Rohaizad (tiga, kiri) bersama pegawainya menunjukkan pelbagai jenis mercun yang dirampas semasa mengadakan sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama
BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket penyeludupan mercun dan bunga api tanpa permit bernilai hampir RM1 juta dalam serbuan terhadap sebuah gudang di kawasan perindustrian Nagasari, Perai, di sini pada 11 dan 12 Mac lepas.
Pengarah JKDM Negeri Rohaizad Ali berkata serbuan yang dilakukan sepasukan anggota dari Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan itu menemukan tujuh kontena mengandungi 1,332 karton atau 28,780 kilogram (kg) mercun dan bunga api pelbagai jenama tanpa permit.
Beliau berkata mercun dan bunga api itu dipercayai stok bekalan sempena Aidilfitri dengan menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi penyimpanan.
"Mercun dan bunga api tersebut didapati tidak mematuhi spesifikasi dan garis panduan ditetapkan dalam permit import (AP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kesemua bunga api dan mercun ini bernilai RM360,767.50 melibatkan duti RM599,189.63 dan tindakan telah diambil dengan menyita barang kes itu untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal di sini hari ini.
Rohaizad berkata seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an yang berada di lokasi ketika serbuan turut ditahan namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti peranan serta kaitannya dengan sindiket itu.
Beliau memaklumkan mercun dan bunga api merupakan barang larangan yang mana pengimportannya dibenarkan dengan syarat mempunyai lesen import di bawah Butiran 46, Bahagian I, Jadual Ketiga Perintah Larangan (Larangan Mengenai Import) 2023.
Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Kastam 1967, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunga api
#mercun
#JKDM
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan