awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup keluar 111,391 liter petrol ke negara jiran

Bernama
Bernama
10/12/2024
10:12 MYT
Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup keluar 111,391 liter petrol ke negara jiran
Pasukan serbuan terdiri daripada anggota JKDM Cawangan Penguatkuasaan Lahad Datu dan Sandakan telah membuat serbuan ke atas sebuah kapal kargo tempatan. - Bernama
SANDAKAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan sebuah kapal kargo dengan 111,391 liter minyak petrol bersubsidi bernilai RM228,351.55 dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran pada 19 Nov lepas.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Siti Mang berkata kapal kargo berkenaan ditahan di perairan Sandakan pada kira-kira 7.48 malam.
Beliau berkata bertindak atas maklumat daripada orang ramai, pasukan serbuan terdiri daripada anggota JKDM Cawangan Penguatkuasaan Lahad Datu dan Sandakan telah membuat serbuan ke atas sebuah kapal kargo tempatan disyaki berisi minyak petrol cuba diseludup keluar ke negara jiran.
"Pasukan serbuan menemukan minyak petrol terbabit dalam tangki dibuat khas di kapal itu. Seorang juragan kapal warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan.
"Kapal itu telah disita dan kita sedang lakukan siasatan di bawah Seksyen 135 (1) (a) dan Seksyen 139 Akta Kastam 1967," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kastam
#Sabah
#seludup petrol
#petrol bersubsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan