KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen juga menjadi mangsa 'aparteid' apabila peruntukan untuk pembangunan kawasan disekat atau diberi jumlah yang kecil, kata Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.
Tidak merujuk aparteid dalam konteks diskriminasi kaum, beliau mendakwa budaya penyisihan dalam pemberian peruntukan itu bukan perkara yang baharu.
"Peruntukan pembangunan memang wujud walaupun bukan menerusi wakil rakyat yang diundi oleh rakyat.
"Sebagai contoh pada tahun 2017, saya sebagai Ahli Parlimen pembangkang mendapat sifar peruntukan untuk menggaji dan menguruskan pejabat mahupun untuk pembangunan, kebajikan dan peruntukan untuk program di kawasan saya.
"Walaupun saya tidak tahu akan agihan peruntukan kawasan Parlimen Batu Kawan, RM4.17 juta telah dibelanjakan di kawasan saya. Siapa yang meluluskan peruntukan ini, siapakah kontraktor projek-projek ini, apakah proses pemberian kontrak ini?
"Semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan peruntukan RM100 juta diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang, memang tidak cukup.
"Tetapi selepas Langkah Sheraton, saya dan Ahli Parlimen pembangkang yang lain selepas merayu kepada Perdana Menteri pada masa itu YB Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin), RM100,000 diluluskan apabila negara dilanda pandemik ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di peringkat dasar.
Ujarnya, menerusi perjanjian persefahaman, pihaknya menerima peruntukan untuk pengurusan pejabat dan untuk kegunaan pembangunan, kebajikan dan program kemasyarakatan di kawasan masing-masing.
"Sekiranya tiada keperluan untuk satu MOU, adakah peruntukan ini akan diberikan atau tidak?
"Selepas 60 tahun merdeka, kerajaan tidak boleh menafikan hak Ahli Parlimen pembangkang dan bebas kepada hak mereka untuk menerima peruntukan yang sama dengan Ahli Parlimen kerajaan.
"Penafian peruntukan ini adalah penafian kepada warga marhaen, rakyat yang memerlukan peruntukan ini," katanya.
Justeru, beliau mencadangkan agar Parlimen sebagai satu institusi tunjang dan bebas, memberi peruntukan yang saksama kepada semua Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang dan bebas.
Astro Awani
Mon Nov 08 2021
![Kasthuri Patto dakwa Ahli Parlimen turut jadi mangsa 'aparteid' Kasthuri Patto dakwa Ahli Parlimen turut jadi mangsa 'aparteid'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636370778_TBBATUKAWANjpg.jpg)
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto yang membuat dakwaan itu berkata peruntukan untuk pembangunan kawasan disekat atau diberi satu amaun yang kecil. - Foto Astro AWANI
Polis buru empat lelaki bersenjata, bertopeng rompak kedai emas di Kajang
Pengunjung sebuah kompleks membeli-belah di Kajang berdepan detik cemas apabila empat lelaki bertopeng dan bersenjata merompak sebuah kedai emas dalam bangunan tersebut pada petang Isnin.
Hampir 30 pasangan dari Malaysia ke selatan Thailand setiap bulan
Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.
Netanyahu bubar Kabinet Perang Israel
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membubarkan Kabinet perangnya yang dianggotai enam anggota.
40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak Ahad hingga pagi Isnin.
Empat lelaki ditahan kes culik, pukul, ugut remaja
Polis sudah menahan empat lelaki warga tempatan dan sedang mengesan beberapa lagi individu yang terbabit dalam kejadian melarikan dan menculik tiga remaja di sebuah pasar raya di kawasan Skudai.
Malaysia-China sehaluan meneroka bidang masa depan lestari
Selepas 50 tahun, landskap kerjasama diplomatik antara Malaysia dan China boleh disifatkan terus makmur dan progresif yang mana ia terlihat nyata dengan prestasi memberansangkan dari segi ekonomi dan pelaburan antara kedua negara.
Malah, untuk 15 tahun berturut-turut, negara tembok besar itu adalah merupakan pelabur paling utama buat Malaysia.
Malah, untuk 15 tahun berturut-turut, negara tembok besar itu adalah merupakan pelabur paling utama buat Malaysia.
Anwar-Erdogan senada tingkat bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kedua-dua pemimpin turut mengulangi komitmen mengukuhkan kerjasama dalam pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan, pelaburan antara Malaysia-Turki.
Malaysia, Pakistan sepakat solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Cuaca panas hadirkan kebimbangan buat jemaah haji
Kebimbangan mula meningkat selepas mereka mendapat laporan sekurang-kurangnya enam warga Jordan maut akibat cuaca panas pada Sabtu.
Sindiket dadah tumpas, rampasan berbilion euro
Kecekapan pihak penguatkuasa Jerman dalam membanteras kegiatan sindiket pengedaran dadah melibatkan rampasan bernilai berbilion euro.
![Perkeso laksana jerayawara bermula Isnin, beri penerangan caruman SKSSR Perkeso laksana jerayawara bermula Isnin, beri penerangan caruman SKSSR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714724871_SKSSRjpg.jpg)
Perkeso laksana jerayawara bermula Isnin, beri penerangan caruman SKSSR
Perkeso akan melaksanakan jerayawara bermula Isnin ini bertujuan memberi penerangan mengenai kaedah penajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
![PRU15: Ini keputusan yang paling sukar - Kasthuri Patto umum tidak bertanding PRU15: Ini keputusan yang paling sukar - Kasthuri Patto umum tidak bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666247132_TBKatthuri.jpg)
PRU15: "Ini keputusan yang paling sukar" - Kasthuri Patto umum tidak bertanding
Penyandang Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto daripada parti DAP mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
![YB Kasthuri Patto tamatkan zaman bujang dengan bekas wartawan Perancis YB Kasthuri Patto tamatkan zaman bujang dengan bekas wartawan Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651915415_TBkasturikawen.jpg)
YB Kasthuri Patto tamatkan zaman bujang dengan bekas wartawan Perancis
Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto menamatkan zaman bujangnya selepas berkenalan kira-kira tiga tahun dengan seorang bekas wartawan Perancis.
![Kasthuri Patto dakwa Ahli Parlimen turut jadi mangsa 'aparteid' Kasthuri Patto dakwa Ahli Parlimen turut jadi mangsa 'aparteid'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636370778_TBBATUKAWANjpg.jpg)
Kasthuri Patto dakwa Ahli Parlimen turut jadi mangsa 'aparteid'
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto yang membuat dakwaan itu berkata peruntukan untuk pembangunan kawasan disekat atau diberi satu amaun yang kecil.
![Akta gangguan seksual: Saya kecewa ia masih di peringkat AGC - Kasthuri Patto Akta gangguan seksual: Saya kecewa ia masih di peringkat AGC - Kasthuri Patto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539824338_PKasthuriraani.jpg)
Akta gangguan seksual: Saya kecewa ia masih di peringkat AGC - Kasthuri Patto
Tegas Kasthuri, negara memerlukan satu akta yang baik dan bagus bukannya akta yang tidak kuat dan memerlukan pindaan berkali-kali.
![Di mana suara anda Rina Harun? - Kasthuri Patto Di mana suara anda Rina Harun? - Kasthuri Patto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613299080_mashup.jpg)
Di mana suara anda Rina Harun? - Kasthuri Patto
Kasthuri Patto berkata, Jika Rina Harun lebih peka sebagai seorang Menteri, orang tak kisah dengan perubahan beliau
![Pindaan Belanjawan diharap bukan sekadar kosmetik - Syed Saddiq Pindaan Belanjawan diharap bukan sekadar kosmetik - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606192871_SYEDSADDIQ.jpg)
Pindaan Belanjawan diharap bukan sekadar kosmetik - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar itu dimaklumkan terdapat beberapa pindaan kepada Belanjawan 2021 yang bakal diundi minggu ini.
![Dewan Rakyat: Pekerja Malindo Air boleh failkan representasi pemulihan kerja - Saravanan Dewan Rakyat: Pekerja Malindo Air boleh failkan representasi pemulihan kerja - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437198471_MALINDOAIR.jpg)
Dewan Rakyat: Pekerja Malindo Air boleh failkan representasi pemulihan kerja - Saravanan
Pekerja Malindo Air yang diberhentikan serta-merta juga boleh mendapatkan bantuan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sehingga 6 bulan.
![Ciapan 'Bodoh. Bangang. Selfish' bukan untuk Tun M - Kasthuri Ciapan 'Bodoh. Bangang. Selfish' bukan untuk Tun M - Kasthuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555069383_kasthuri.jpg)
Ciapan 'Bodoh. Bangang. Selfish' bukan untuk Tun M - Kasthuri
Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Batu Kawan itu, ciapan itu ditujukan kepada Barisan Nasional (BN) dan Pas.