KUALA LUMPUR:Lirik lagu malar segar, Kau Ilhamku, nyanyian Man Bai, pastinya menjadi siulan yang memberikan sentuhan emosi kepada orang ramai.
Lebih menjentik hati ramai adalah apabila lagu itu didendangkan oleh petugas barisan hadapan sebagai tribut dan sumbangan penghargaan kepada petugas kesihatan atau frontliners lain di seluruh negara yang tidak kenal erti penat lelah merawat pesakit COVID-19.
Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh seorang doktor, Dr. Lau Shyan Ling mengumpulkan koleksi nyanyian lagu tersebut daripada 26 petugas kesihatan dari seluruh Malaysia.
Ia mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia, yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepada pejuang atau wira negara yang setiap hari bertugas demi memerangi COVID-19.
Video berdurasi 5 minit 34 saat yang dimuat naik di laman YouTube itu kini berjaya meraih tontonan melebihi 17,000 sejak tiga hari lalu.
“Maafkanlah.. oh... andai lagu ini
mengganggu ruangan hidupmu.
Kau senyumlah.. oh... sekadar memori
kita di arena ini.
Kau ilhamku
Kau ilhamku, oh...”
Itu antara bait-bait lirik lagu tersebut, yang mungkin memainkan pelbagai emosi kepada penonton, biarpun tidaklah selunak suara penyanyi asal, Man Bai, namun mesej yang ingin disampaikan itu cukup tepat menusuk ke dalam hati pendengar.
Muzik video tersebut dikatakan dirakam oleh 26 petugas kesihatan dari seluruh negara baik yang berada di sektor kerajaan mahupun swasta.
Kesemua mereka menyanyi secara terpisah dan nyanyian itu dirakam di antara Disember tahun lalu hingga Januari tahun ini.
Menurut Dr Lau, yang mewakili kesemua petugas khas itu, pihaknya cuma ingin memberi penghormatan kepada rakan-rakan setugas yang gagah berani meluangkan masa dan tenaga.
“Mereka mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari untuk menahan wabak tersebut.
“Tidak lupa kepada orang ramai, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia.
“Setiap anda yang sabar berjuang dengan kami, yang rajin mengamalkan norma baharu, lebih-lebih lagi kepada anda yang menawarkan diri untuk membantu pekerja kesihatan kami dan barisan hadapan yang lain.
“Kami tahu kami tidak bersendirian kerana anda sentiasa ada bersama kami,” jelas beliau.
Beliau turut menitipkan ucapan penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, yang tetap berjuang sehingga ke saat ini dan memohon agar semua bersatu melawan musuh yang tidak dapat dilihat ini.
Melihat kepada reaksi netizen di ruangan komen YouTube tersebut, ramai yang memberi ucapan semangat kepada petugas barisan hadapan atau frontliners ini di samping mendoakan kesejahteraan mereka.
Malah, ada juga yang dikatakan berasa sebak, sebaik mengenang pengorbanan pejuang negara.
Faris Danial Razi
Thu Jan 14 2021
Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh seorang doktor, Dr. Lau Shyan Ling mengumpulkan koleksi nyanyian lagu tersebut daripada 26 petugas kesihatan dari seluruh Malaysia. - YouTube Amazing Pei
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.