POLEMIK terhadap Rang Undang-Undang (RUU) 355 kini timbul semula malah menjadi bualan dalam kalangan masyarakat India berikutan kenyataan umum kononya MIC, di bawah kepimpinan Tan Sri S A Vigneswaran bersetuju menyertai Muafakat Nasional yang dipelopor UMNO dan Pas, dua parti terbesar yang mewakili masyarakat Melayu-Islam dalam negara.
Memandangkan RUU 355 dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi, selaku Presiden Pas, iaitu sebuah parti yang tidak habis-habis berjuang untuk memartabatkan pelaksanaan syariah Islam dalam negara, maka timbul polemik dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat India terhadap MIC yang menyertai Muafakat Nasional bersama Pas.
Malah, ada pihak yang mendakwa dan sangsi serta menakut-nakutkan warga bukan Islam kononnya usul persendirian Pas itu mempunyai agenda tersirat berkait dengan hukuman Hudud yang bakal diperluaskan kepada warga bukan Islam.
Secara umumnya, tujuan pindaan RUU 355 adalah untuk memperkasakan sistem kehakiman Mahkamah Syariah. Pindaan itu dilaporkan lebih memberi fokus kepada seksyen 2 Akta Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta 1965.
Menurut fahaman bekas Ketua Hakin Negara, Tun Abdul Hamid Mohamed, RUU 355 membabitkan pindaan bagi membolehkan Dewan Undang Negeri (DUN) membuat undang-undang membabitkan kesalahan yang tersenarai dalam Bahagian 1, Senarai 11, Jadual Sembilan, Perlembagaan Persekutuan.
Dengan pindaan itu, DUN boleh meluluskan undang-undang bagi menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan membabitkan syariah dan fiqh termasuk hudud dan qisas, kecuali hukuman gantung sampai mati.
Namun, menurut Abdul Hadi, pindaan RUU 355 itu bertujuan memperluaskan lagi skop hukuman yang boleh dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah dan bukan bermaksud untuk memperkenalkan hukuman Hudud.
Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1988 terhadap Perkara 121(1) telah menambah fasal (1A) untuk membolehkan Mahkamah Syariah bebas daripada Mahkamah Sivil.
Bidang kuasa
Menurut Peruntukan Perkara 121(1A), Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan semua Mahkamah di bawahnya iaitu Mahkamah Magistret dan Sesyen tidak mempunyai bidang kuasa dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Dengan pelaksaan perundangan Islam, kerajaan meluluskan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, Akta 355 membolehkan Mahkamah Syariah ditubuhkan dengan sempurna di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang Islam dan mana-mana perkara dalam Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Syariah tidak berkuasa menghukum kesalahan yang boleh dihukum penjara lebih tiga tahun atau denda melebihi RM5,000 atau sebatan lebih enam kali.
Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menggariskan Mahkamah Sivil tidak ada kuasa terhadap perkara yang disenaraikan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang umumnya dikenali sebagai hukum Hudud, Qisas dan Takzir diluluskan agar undang-undang Islam dapat dilaksanakan di Kelantan pada tahun 1993 dan di Terengganu pada tahun 2003.
Namun, Enakmen Kanun Jenayah Syariah pada 1993 tertangguh perlaksanaannya kerana pelbagai kekangan dari segi penyediaan perundangan.
Apabila pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II diluluskan di DUN Kelantan pada 19 Mac 2015, 31 ahli Pas dan 12 wakil rakyat BN menyatakan sokongan.
Enakmen itu dilapor menyediakan struktur pengurusan Mahkamah Syariah di Kelantan dan menyediakan peruntukan pelbagai kesalahan, terutama tujuh salah laku seperti sariqah (mencuri), hirabah (rompakan bersenjata), zina (persetubuhan di luar perkahwinan), liwat, qazaf (tuduhan palsu mengenai kemuliaan seseorang), syurb (meminum arak) dan irtiddah (murtad).
Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan di DUN Kelantan pada tahun 1993 dilaporkan mengandungi syarat di mana masyarakat bukan Islam diberi pilihan untuk memilih perundangan mengikut pilihan, iaitu sama ada mereka memilih untuk dibicara dan dihukum di mahkamah sivil atau syariah (Hudud).
Tetapi, syarat itu dipinda dalam Pindaan Enakmen Kanun Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan pada 19 Mac 2015 agar warga bukan Islam tidak termasuk dalam pelaksanaan perundangan Islam atau Hudud di Kelantan.
Dengan itu, jelas segala kesalahan dan hukuman dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) adalah ditujukan kepada orang Islam sahaja.
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74, Jadual Sembilan dengan jelas memasukkan perkara dan jenis kesalahan dalam dua senarai mengikut bidang kuasa kerajaan pusat dan negeri.
Perkara dan jenis jenayah dalam senarai I adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan senarai II bagi Kerajaan Negeri.
Jenayah sivil dimasukkan dalam senarai I dan perundangan Islam termasuk dalam senarai II atau Senarai Negeri.
Jenayah Sivil ditadbir Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat.
Perundangan Islam atau Syarak pula ditadbir oleh Mahkamah Syariah rendah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah di bawah pentadbiran kerajaan Negeri.
Dengan itu, warga bukan Islam harus sedar dan yakin bahawa RUU355 hanya membabitkan warga Islam dan tidak berkait dengan pelaksanaan hudud di kalangan warga bukan Islam.
Laporan media kononnya kepimpinan MIC bakal menyokong RUU 355 harus dilihat sebagai satu langkah yang mencerminkan keiklasan dan semangat kerjasama MIC dalam menyokong usaha umat Islam memperkasakan malah terus melestarikan perlaksanaan undang-undang Islam bersandarkan tuntutan agama Islam di Malaysia.
Dengan itu, warga bukan Islam tidak perlu bimbang terhadap RUU 355 kerana ia hanya melibatkan perundangan Islam yang mengadili kes Muslim dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Penyertaaan MIC dalam gagasan Muafakat Nasional tidak menjejaskan kepentingan kaum dan agama kaum India kerana kebebasan agama warga bukan Islam terjamin dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Sun Dec 08 2019
PERIASAMY: Warga bukan Islam tidak perlu bimbang terhadap RUU 355 kerana ia hanya melibatkan perundangan Islam yang mengadili kes Muslim dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.