awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kavadi guna lambang Nazi, bukan swastika Hindu - Polis

Bernama
Bernama
11/02/2017
12:26 MYT
Kavadi guna lambang Nazi, bukan swastika Hindu - Polis
MIOR: "Dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita, kami tidak boleh bertolak ansur atau membiarkan penggunaan lambang Nazi." - Gambar fail
Lambang yang digunakan pada sebuah kavadi tertentu pada sambutan Thaipusam di sini pada Khamis adalah sepadan dengan lambang Nazi dan bukannya lambang suci swastika Hindu, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid.
Beliau berkata penggunaan lambang Nazi adalah dikutuk masyarakat dunia dan kebiasaannya kumpulan samseng yang menggunakan lambang Nazi untuk merujuk kepada serangan, keganasan dan kebencian.
"Dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita, kami tidak boleh bertolak ansur atau membiarkan penggunaan lambang Nazi. Perayaan Thaipusam (di negara ini) telah menarik kedatangan pelawat dari seluruh dunia dan kita tidak sepatutnya menggunakan lambang yang dikutuk ini sebagai sebahagian kebudayaan kita," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata peranan polis semasa perayaan Thaipusam ialah untuk memastikan undang-undang dan ketenteraman awam serta keselamatan dan kesejahteraan penganut dan juga pelawat adalah terjamin.
"Ini merupakan keutamaan kami dan kami tidak boleh membiarkan sekumpulan anak muda untuk mencetuskan ketakutan dalam kalangan penganut dan pelawat," katanya.
Mior Faridalathrash berkata polis menahan sekumpulan 20 anak muda pada sambutan Thaipusam di sini bagi pelbagai kesalahan jenayah, termasuk rompak dan salah guna dadah.
"Sejak ditahan, beberapa daripada mereka termasuk tiga pelajar telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang A. Kumaresan yang kesal dengan tindakan polis menahan 20 individu kerana membawa kavadi dengan lambang Nazi.
Katanya berkata polis sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada badan agama Hindu terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Daerah Timur Laut
#lambang nazi
#Mior Faridalathrash Wahid
#swastika Hindu
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan