Penguatkuasaan kawalan sempadan darat dan perairan negara memerlukan pendekatan baharu bagi memastikan keberkesanan dalam melindunginya daripada mudah dibolosi dan dicerobohi oleh anasir luar.
Beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini mendedahkan kelemahan penguatkuasaan kawasan sempadan dan perairan negara, yang dibimbangi boleh menjejas keyakinan terhadap agensi-agensi penguatkuasaan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Bagi bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, usaha bersepadu melibatkan semua agensi penguatkuasaan perlu diperhebat di sempadan dan perairan negara bagi mengelakkan berulangnya kejadian sempadan dan perairan negara mudah dicerobohi.
Beliau berkata tindakan itu perlu kerana penyaluran dan perkongsian maklumat daripada pelbagai agensi penguatkuasaan pasti dapat mengatasi aktiviti jenayah di kawasan berkenaan.
"Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia perlu berganding bahu," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata anggota penguatkuasaan juga perlu dibekalkan dengan peralatan terkini bagi membantu mereka dalam menjalankan tugas mereka.
"Selain itu, penggunaan gajet moden perlu dipertingkatkan di sempadan mahupun perairan negara. Contohnya, kamera pengawasan perlu ditempatkan di kawasan strategik bagi mengetahui siapa yang masuk dan keluar," katanya.
Musa berkata usaha meningkatkan standard operasi pemantauan dan perisikan secara besar-besaran diperlukan untuk mengelakkan kegagalan penguatkuasaan mengekang ancaman keselamatan negara.
Isu keberkesanan agensi penguatkuasaan dalam menjaga sempadan darat dan perairan negara dibangkitkan kebelakangan ini berikutan beberapa insiden yang mengejutkan.
Pada 25 Mei lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis.
Dalam insiden itu, sebanyak 106 rangka mayat dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia telah ditemui, dan operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa ditamatkan 8 Jun lepas.
Pada Mei juga berlaku episod penculikan di Sabah, kali ini di Sandakan, melibatkan seorang pengurus wanita sebuah restoran makanan laut dan seorang lelaki.
Selepas itu, pada 11 Jun, kapal MT Orkim Harmony, milik syarikat Magna Meridian Sdn Bhd yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta, dirampas lapan perompak ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Bagaimanapun, kesemua 22 anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar berjaya diselamatkan kira-kira 2.30 pagi, Jumaat lepas.
Sementara itu, Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berpendapat kelemahan sistem pengawasan dan rondaan pihak berkuasa di perairan dan sempadan negara, merupakan antara punca utama ia mudah dibolosi anasir luar.
"Semua pihak perlu berganding bahu dalam isu berkenaan sebelum menjadi 'kronik'. Kita mengaku, perairan negara kita bukan kecil, namun dengan penambahan anggota keselamatan, kejadian pencerobohan dan masalah lain boleh diatasi.
"Kapal yang digunakan pihak berkuasa perlu dilengkapi dengan peralatan moden seperti alat komunikasi yang canggih supaya mereka sentiasa dapat berinteraksi jika berlaku sesuatu kejadian tidak diingini," katanya.
Bernama
Tue Jun 23 2015
Beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini mendedahkan kelemahan penguatkuasaan kawasan sempadan dan perairan negara, yang dibimbangi boleh menjejas keyakinan terhadap agensi-agensi penguatkuasaan. - Gambar Fail
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Peruntukan RM675 juta kepada APMM menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.