awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS berjaya kurangkan kos penganjuran Fit Malaysia - Syed Saddiq

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2019
05:51 MYT
KBS berjaya kurangkan kos penganjuran Fit Malaysia - Syed Saddiq
Beberapa Orang Kelainan Upaya (OKU) turut mengambil bahagian pada program Fit Malaysia Terengganu 2019 di Dataran Batu Burok hari ini. - BERNAMA
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjaya mengurangkan kos program Fit Malaysia yang dikendalikan sepenuhnya oleh kementerian itu berbanding menggunakan khidmat kontraktor swasta sebelum ini.
Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata jika sebelum ini purata RM1.3 juta dibelanjakan bagi setiap satu program Fit Malaysia, namun kini ianya hanya menelan belanja RM300,000 sahaja.
Menurutnya, kualiti dan kemahiran yang diberikan kakitangan kementerian juga sama dengan kontraktor yang dilantik sebelum ini.
"Sebelum ini, penganjuran Fit Malaysia kerap menggunakan kontraktor-kontraktor luar tetapi kali ini, ia digerakkan oleh penjawat awam. Kita hendak upskilling (mengajar kemahiran baru) supaya mereka sendiri mahir dan diberi tanggungjawab utama untuk menggerak program berskala besar bagi KBS.
"Jauh beza apabila dibandingkan purata RM1.3 juta bagi setiap satu program Fit Malaysia dengan RM300,000 sahaja sekarang. Kita lihat kualiti sama baik dan ini saya rasa adalah satu kemenangan untuk team KBS," katanya selepas merasmikan program Fit Malaysia Terengganu 2019 di Dataran Batu Burok hari ini.
Tambahnya, pihaknya juga akan mengeluarkan Indeks Budaya Sukan pada setiap tahun bagi tujuan penambahbaikan.
Dilancarkan oleh KBS pada 1 Mac lalu, Indeks Budaya Sukan Malaysia bertujuan untuk mengukur trend dan tahap budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pelancaran itu selaras dengan pengukuran pencapaian sasaran 50 peratus rakyat Malaysia membudayakan sukan menjelang tahun 2020.
Topic Berkaitan
#fit malaysia
#Kementerian Belia dan Sukan
#Syed Saddiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan