SERI KEMBANGAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih mengenal pasti lokasi sesuai bagi membangunkan velodrom terbuka yang mudah diakses sebagai kegunaan awam untuk pelaburan jangka panjang pembangunan bakat muda di Malaysia.
Menterinya Hannah Yeoh berkata, ini kerana sukan berkenaan merupakan antara yang menyerlah serta menyumbang pingat di kejohanan dalam dan luar negara.
"...untuk berbasikal trek ini apa yang saya nak usahakan sekarang adalah fasiliti di mana pembangunan bakat itu boleh berlaku. (Contohnya) sekarang (pelajar) di Lembah Klang tetapi velodrom di Nilai.
"(Jadi) tetapi kalau pelajar sekolah sekarang di Lembah Klang mereka nak sertai sukan ini tak ada tempat nak pergi. Itu yang saya sedang usahakan dekat KBS untuk kita ada velodrom terbuka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Bina Badan Enrich 2024 di sini hari ini.
Pada 9 Mac lepas, KBS memaklumkan sudah memulakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meneliti kawasan sesuai bagi pembinaan velodrom terbuka untuk kegunaan awam.
Sementara itu, Hannah berkata jawatankuasa Road To Gold (RTG) akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat mengenai pertimbangan kemasukan pelumba trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dalam program Fast Track di bawah program berkenaan selepas layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Hannah berkata ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan John Beasley memuji potensi dimiliki pelumba berusia 21 tahun itu serta berharap kehadiran atlet muda menjadikan Malaysia tidak terlampau bergantung kepada kehebatan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Terdahulu, KBS memberi suntikan dana menerusi peruntukan menteri sebanyak RM20,000 kepada Kelab Bina Badan Enrich untuk terus mengangkat martabat sukan berkenaan di sekitar Lembah Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Hannah Yeoh berkata, sukan berkenaan merupakan antara yang menyerlah serta menyumbang pingat di kejohanan dalam dan luar negara. - Gambar fail
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
KBS pastikan Faisal Halim dapat rawatan percuma di ISN - Hannah
Hannah berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.