KBS rangka pelan strategik e-sukan 2026-2030 sebagai pemacu ekonomi baharu

Hannah berkata sesi libat urus sedang dilaksanakan bagi memastikan pelan ini mengambil kira pencapaian, cabaran dan penambahbaikan daripada pelan terdahulu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini merangka Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik 2026–2030 bagi memperkukuh ekosistem e-sukan negara, bukan sekadar sebagai hiburan belia, tetapi juga sebagai sektor ekonomi baharu yang berpotensi tinggi.
Ringkasan AI
- KBS merangka Pelan Strategik E-Sukan 20262030 untuk memperkukuh ekosistem e-sukan sebagai sektor ekonomi baharu, bukan sekadar hiburan belia.
- Fokus pelan termasuk pembangunan bakat, infrastruktur sokongan, tadbir urus dan kerjasama strategik dengan sektor swasta serta rakan antarabangsa.
- KBS yakin e-sukan mampu menjadi pemacu ekonomi digital negara dan melahirkan bakat profesional bertaraf global.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, mengenai dasar kementerian terhadap pertumbuhan pesat e-sukan dan potensinya sebagai penyumbang kepada ekonomi negara.
KBS optimis bahawa pelan ini akan menjadikan e-sukan sebagai pemacu utama ekonomi digital negara, di samping melahirkan bakat profesional yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


