ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memohon penyokong pasukan Kedah bersetuju dengan keputusan persatuan untuk tidak meneruskan rundingan pengambilalihan 80 peratus saham Kedah Darul Aman (KDA) FC oleh sebuah syarikat tempatan.
KFA dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA percaya keputusan presidennya Muhammad Sanusi Md Nor dibuat selepas mempertimbangkan semua aspek teknikal dan perundangan.
"KFA juga menyokong supaya KDA FC diuruskan sepenuhnya syarikat Darul Aman Football Club Sdn Bhd buat masa ini.
"Pintu rundingan juga terbuka kepada mana-mana pihak ingin membuat penawaran lebih lestari dan menguntungkan kedua-dua pihak selain terus meninjau peluang pelaburan yang ada," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, KFA turut menekankan bahawa setiap tawaran yang dilakukan bertujuan untuk pemilikan saham tanpa melibatkan galang ganti hak rakyat negeri Kedah.
Rabu lepas, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah memaklumkan urusan pengambilalihan 80 peratus saham KDA FC oleh sebuah syarikat besar yang diumumkan sebelum ini tidak dapat dimuktamadkan.
Beliau dipetik sebagai berkata pintu rundingan dengan syarikat itu juga sudah ditutup sepenuhnya dan KFA mengalu-alukan syarikat lain yang berminat memiliki saham KDA FC, mengadakan rundingan dengan pihaknya.
"Cadangan pelaburan syarikat tersebut tidak dapat dipersetujui kerana melibatkan aset utama rakyat negeri ini. Demi keutamaan hak rakyat dan melihat keuntungan jangka panjang kepada rakyat Kedah berbanding pulangan pelaburan jangka pendek kepada KDA FC, ia adalah keputusan yang cukup jelas.
"Justeru, KFA menyokong penuh jika pada masa hadapan, rundingan pengambilalihan saham KDA FC diteruskan kepada mana-mana pihak yang berkemampuan untuk mengurus operasi kelab itu tanpa meletakkan tawaran berserta syarat di luar bidang kuasa syarikat pengurusan," menurut kenyataan itu.
Menurut KFA, banyak lagi modal pelaburan yang dapat menguntungkan kedua-dua pihak sekiranya sesuatu pelaburan itu bersandarkan kepada industri bola sepak dan melihat kelestarian sesuatu pelaburan ditempat sepatutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021
KFA turut menekankan bahawa setiap tawaran yang dilakukan bertujuan untuk pemilikan saham tanpa melibatkan galang ganti hak rakyat negeri Kedah.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Rundingan gencatan senjata Gaza disambung pada Ahad di Kaherah - Media Mesir
Rundingan untuk mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza akan bersambung di Kaherah pada Ahad.
Qatar berkata rundingan untuk laksana gencatan senjata di Gaza masih diteruskan
Usaha pengantaraan antara Palestin dan Israel masih diteruskan dan tidak akan berhenti, tanpa mengira keadaan di lapangan.
Thailand kecualikan visa secara kekal bagi rakyat China
Thailand mengecualikan keperluan visa secara kekal bagi warganegara China bermula 1 Mac, kata Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin pada Selasa, lapor Xinhua.
Iran lepaskan 5 rakyat AS dalam perjanjian pertukaran tahanan
Sebagai balasan pembebasan itu, AS akan menyahbeku aset Iran bernilai AS$6 bilion di Korea Selatan.
Perampas kuasa di Niger sedia berunding
Perampas kuasa di Niger dikatakan bersetuju untuk berunding dengan Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat (ECOWAS), menurut pengantara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perak tambah lebih 2,000 hektar Tanah Rizab Melayu - Saarani
Penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan rizab di Perak meningkat kepada 955,587.8 hektar.
Pegawai kanan ASEAN-China bincangkan pelaksanaan DOC di Laut Timur
SOM-DOC ke-20 dipengerusikan bersama oleh Myanmar, penyelaras hubungan ASEAN-China, dan China.
KETENGAH rancang perluas kawasan pentadbiran
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) merancang untuk memperluaskan kawasan pentadbirannya ke lapan lagi mukim di daerah Hulu Terengganu.