awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba cetus jenayah di Julau

Bernama
Bernama
16/02/2024
14:50 MYT
KDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba cetus jenayah di Julau
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien mengenai situasi di kawasan itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.
Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien mengenai situasi di kawasan itu.
"Selain itu, saya juga telah berkongsi perkara berkenaan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain," katanya ketika mengulas kenyataan Sng menggesa Bukit Aman bertindak keras terhadap kegiatan gengsterisme yang berleluasa di Julau dan menjadikan kawasan itu sebagai 'Wild Wild West.'
Beliau berkata Ketua Polis Daerah Julau juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah ada tangkapan berhubung perkara itu.
"Biarlah proses itu selesai dibuat oleh pihak polis di sana dan dakwaan wujud anasir jenayah itu tidak akan terlepas daripada siasatan polis," katanya sempena lawatan kerja ke Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di sini hari ini.
Sng dalam catatan di laman Facebook semalam mendakwa kumpulan kongsi gelap itu bukan sahaja mengendalikan perjudian dalam talian di daerah Pakan dan Julau malah terbabit dengan aktiviti menjual dadah, kontraban seperti rokok dan minuman keras serta pinjaman wang haram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#tindakan tegas
#jenayah
#Julau
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan