KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berusaha untuk memudahkan proses majikan mengambil pekerja asing melalui program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen (JIM).
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sebelum ini, majikan perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) terlebih dahulu dan berikutan permohonan yang banyak, ia menyebabkan berlaku kelewatan.
"Oleh itu, KDN telah membawa isu ini ke mesyuarat Jemaah Menteri memohon agar JIM diberi kuasa untuk meluluskan 70 peratus daripada jumlah yang dipohon oleh majikan dan kelulusan penuh hanya diberi selepas disahkan oleh KSM," katanya dalam program Ruang Bicara yang membincangkan tajuk 'Aspirasi Keluarga Malaysia KDN' terbitan Bernama TV, malam Khamis.
Dalam pada itu, Hamzah berkata penambahbaikan program e-visa kepada 35 negara berbanding 10 negara sebelum ini telah mendapat maklum balas yang baik daripada dewan perniagaan negara-negara luar.
Katanya, dengan sistem berkenaan ekspatriat dari negara terlibat boleh mendapatkan pas pelekat imigresen sebaik mendarat berbanding 30 hari sebelum ini.
Mengenai projek perintis melibatkan 11 pos kawalan sempadan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah dan Sarawak yang berfungsi sebagai balai polis bermula 15 Nov lepas, Hamzah berkata ia mendapat maklum balas positif daripada penduduk setempat kerana mereka tidak perlu keluar jauh ke bandar untuk membuat laporan polis atau jika berlaku kelahiran dan kematian.
Sementara itu, ketika ditemui selepas program ruang bicara berkenaan, Hamzah berkata KDN akan memberi lebih fokus dalam mempertingkatkan kawalan sempadan dengan menggunakan aset berteknologi tinggi selepas petunjuk prestasi utama (KPI) 100 hari pertama KDN dicapai.
Beliau berkata ini bagi memastikan masalah seperti kemasukan pendatang tanpa izin, pemerdagangan orang dan membawa masuk dadah atau barangan untuk mengelak cukai dapat diatasi sebaiknya.
"Ini merupakan perancangan jangka panjang KDN...lebih komprehensif yang mungkin memakan masa bukan 100 hari tetapi lima hingga tujuh tahun.
"Perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat ini adalah sesuatu yang memberi keselesaan supaya rakyat memahami bahawa KDN ada perancangan yang lebih baik pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata ini dilakukan bagi mengelak sebarang imej buruk atau persepsi negatif terhadap agensi-agensi di bawah KDN.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
Hamzah berkata ini bagi memastikan masalah seperti kemasukan pendatang tanpa izin, pemerdagangan orang dan membawa masuk dadah atau barangan untuk mengelak cukai dapat diatasi sebaiknya. - Gambar hiasan
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Pembinaan ICQS Bukit Berapit baharu dimuktamad bulan depan
KDN dan Kerajaan Negeri Perak akan memuktamadkan perbincangan mengenai pembinaan kompleks ICQS Bukit Berapit yang baharu, Mei ini.
Insiden lempar 'molotov cocktail': Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman awam
Polis memandang serius percubaan membakar KK Mart itu yang merupakan insiden kedua selepas perkara serupa berlaku di KK Mart Bidor, Perak pada 26 Mac lepas.
Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.
Parlimen: Hak kewarganegaraan kanak-kanak terbuang tidak boleh dinafikan - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menafikan hak kanak-kanak terbuang atau yang terpinggir untuk mendapat kewarganegaraan.
Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
Meskipun KK Mart di Sunway, Selangor sudah menarik balik kesemua stoking yang tertera kalimah Allah, namun KDN menegaskan siasatan terhadap kedai serbaneka itu akan tetap diteruskan.
289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024
Sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam tempoh sama.
Kelantan terbuka bincang isu pangkalan haram dengan KDN
Kerajaan Kelantan bersedia mengadakan perbincangan dengan KDN mengenai isu menghapuskan pangkalan haram di sempadan negara di negeri itu.
'Saya pelawa Human Rights Watch berjumpa saya' - Saifuddin
Layanan tidak mesra itu termasuklah seperti tahanan didera,kematian, tempoh tahanan yang lama, layanan buruk kepada wanita dan kanak-kanak, fasiliti yang burukk dan termasuklah makanan dan ubat-ubatan
KDN terbuka cadangan perkemas Akta Perhimpunan Aman - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbuka mengenai cadangan untuk memperkemaskan kaedah polis menangani permohonan penganjuran perhimpunan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.