SEPANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen (JIM) memegang pada komitmen untuk memastikan urusan rakyat Malaysia yang menunaikan haji di bawah inisiatif Mecca Route, berjalan lancar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
"Tak boleh ada hiccup, tak boleh ada kekurangan dari segi kakitangan, sistem tak boleh ada kerosakan. Itu antara komitmen yang kita bagi di pihak JIM untuk tugas ini," katanya kepada media selepas meninjau Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.
Di bawah inisiatif Mecca Route, anggota imigresen Arab Saudi yang berada di kaunter di KLIA, akan memeriksa pasport jemaah haji dan apabila tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah, jemaah haji Malaysia tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam di negara itu.
Menyatakan rasa puas hati dengan kelancaran di bahagian imigresen Malaysia dan Arab Saudi, Saifuddin berkata : "Kaunter imigresen di sebelah kita mengambil masa yang sangat pantas, saya lihat tak sampai 30 saat prosesnya (urusan dokumentasi). Saya juga melawat 10 kaunter di bawah jagaan imigresen Arab Saudi, prosesnya juga sangat pantas."
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata pengeluar jam Switzerland, Swatch, masih belum menghubungi KDN berhubung rampasan jam daripada koleksi 'Pride Collection'.
Beliau berkata promosi jam tersebut banyak dibuat pada hujung tahun lepas dan dalam promosi itu sangat jelas, model yang dikeluarkan itu ada kaitan rapat dengan LGBTQ, yang merujuk kepada lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik.
"Sebagai agensi kawal selia kita tahu isu ini sensitif, tindakan kita tidak mampu puaskan hati semua pihak," katanya.
Pada 13 dan 14 Mei lepas, KDN dilaporkan menyerbu 11 buah kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung 'Koleksi Pride' jenama itu.
Lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching pula diberikan amaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch Nick Hayek pula dilaporkan berkata jam tangan dirampas KDN itu tidak mengandungi sebarang rujukan kepada LGBTQ.
Ditanya mengenai laporan media berhubung keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, Saifuddin enggan mengesahkannya.
"Perkara itu dalam pemakluman kami (KDN), itu memadai untuk apa-apa urusan akan datang, namun (keberadaan Jho Low) itu bukan keluar dari mulut saya," katanya.
Laporan media memetik pengarang bersama "Billion Dollar Whale", Bradley Hope yang mendakwa Jho Low dipercayai berada di bawah tahanan rumah di Shanghai, China.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media selepas melakukan tinjauan ke Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto BERNAMA
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
PIKM saran dapatkan khidmat pengawal peribadi berlesen
Syarikat itu juga perlu ada perlindungan insurans bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Isu stoking kalimah Allah: KDN terus pantau trend menghasut, tindakan melampau - Saifuddin
KDN diarahkan untuk memantau trend menghasut dan tindakan melampau dilakukan mana-mana rakyat Malaysia dalam isu stoking tertera kalimah Allah.
Isu pelancong asing 'overstay', JKPK panggil wakil KDN dan JIM
Wakil kementerian juga diminta memberikan taklimat berkenaan prosedur dan pemantauan aktiviti ejen pelancongan tidak berdaftar.
Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan
Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
Biar Sanusi fokus bangunkan Greater Kedah - Saifuddin
Saifuddin percaya fokus Muhammad Sanusi ialah membangunkan Greater Kedah, walaupun Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri belum pernah diadakan setakat ini.
DSA NATSEC Asia 2024: Kontrak, MoU bernilai lebih RM5 bilion bakal dimeterai
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 dari 6 hingga 9 Mei, bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan memorandum persefahaman bernilai lebih R
KDN selesai 14,000 permohonan warganegara sebelum 31 Disember
KDN akan menyelesaikan baki 14,000 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sebelum 31 Disember tahun ini.
Cadangan bina zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand sudah dibentang kepada KDN
Langkah itu amat penting kerana semua agensi penguatkuasa yang mengawal sempada berdepan masalah penyeludupan.