Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu meneliti niat sebenar penerbit komik bertajuk Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama sebelum mengeluarkan arahan diharamkan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, tindakan pihak berkuasa dalam mengharamkan bahan bacaan itu disifatkan terlalu cepat berikutan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas isunya tular.
Menurutnya, polis sepatutnya mendapatkan pakar sejarah untuk menyemak fakta komik tersebut sebelum mengharamkannya.
"Dalam tempoh satu hari, ia telah diharamkan. Mungkin ada niat tertentu dalam tindakan tersebut.
"Sepatutnya KDN teliti dahulu dengan mendapatkan bantuan pakar sejarah. Bukannya haramkan dulu, baru kaji. Secara peribadi, saya harap KDN teliti semula kandungan komik selain memahami niat sebenar penerbit yang mengeluarkan bahan bacaan tersebut," katanya pada sidang media di pejabatnya tadi.
BACA: Kerajaan haramkan komik propaganda komunis
Beliau berkata, komik tersebut diterbitkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada rakyat di negara ini berhubung pembangunan ekonomi di China.
"Terlalu banyak syak wasangka ke atas China (mungkin disebabkan ada unsur politik) dan ramai yang belum kenal negara itu, maka komik ini diterbitkan.
"Walaupun China dikatakan mengamalkan komunisme, namun pembangunan ala sosialismenya berjaya apabila ekonomi China setanding Amerika Syarikat.
"Inilah usaha Dr Hew Kuan Yau dalam memperkenalkan China kepada rakyat Malaysia. Beliau menerbitkan komik itu sebagai satu pengenalan alternatif kepada orang awam untuk mendekati China dalam pembangunan ekonomi sekarang," katanya.
Kon Yeow turut mengulangi bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai hubungan dengan muzium tersebut yang mana hanya membiayai kos sewaan premis yang terletak di tingkat 2 ICT Mall, Kompleks Tunku Abdul Rahman (Komtar).
"Apa yang diharamkan adalah komik, bukannya muzium. Dan saya ulangi, muzium itu bukan milik kerajaan negeri. Pihak muzium hanya memilih ruang di Komtar pada 2016.
"Kebetulan ketika itu, kerajaan negeri dalam usaha untuk merejuvenasi Komtar dengan membawa unsur dan perniagaan baharu.
"Usaha itu juga sebagai rejuvenasi Komtar sebagai pusat pentadbiran kerajaan, pusat membeli belah dan pusat sivik. Oleh itu, kita bersetuju agar muzium itu dibuka di Komtar. Ini kerana, muzium itu adalah salah satu produk pelancongan kerana ia adalah yang pertama di Asia," katanya.
Tambahnya, Muzium Kebangsaan Komik Asia bertindak mempromosi kreativiti dan inovasi animasi selain menganjurkan pelbagai acara yang menampilkan ramai kartunis terkenal.
"Di atas pertimbangan itu, kerajaan negeri setuju untuk berkolaborasi dengan membiayai sewaan premis sahaja. Kita tidak membiayai apa-apa yang ada di muzium itu seperti pameran atau infrastruktur.
"Itu sahaja hubungan kerajaan negeri dengan muzium itu yang mana, perjanjian pembiayaan sewa premis ini akan dibuat sehingga Disember 2020," katanya.
BACA; Bukan peranan Malaysia promosi ideologi China - Tun M
Sinar Harian
Fri Oct 25 2019
Tindakan pihak berkuasa mengharamkan bahan bacaan itu disifatkan terlalu cepat berikutan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas isunya tular, kata Chow Kon Yeow. - Gambar SINAR HARIAN
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
China gesa elak konflik, anggap sudah selesai
China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
'Tanah Besar China, Taiwan sedarah sedaging' - Presiden Xi
Tanah Besar China dan Taiwan sedarah sedaging dan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan harus ditangani dengan menjaga kepentingan keseluruhan dan memacu pembangunan untuk jangka masa panjang.