KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan pindaan menyeluruh terhadap Kaedah-Kaedah Lokap 1953 bagi memastikan pengurusan lokap, tahanan dan hak asasi tahanan ditambah baik selari keperluan serta kehendak semasa.
KDN dalam jawapan yang disiarkan di laman rasmi Parlimen memaklumkan, langkah itu antara diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung isu kematian dalam tahanan.
"(Selain itu) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan tahanan di lokap serta pemeriksaan berkala oleh pihak berwajib untuk memastikan pematuhan arahan atau SOP pengurusan lokap dan tahanan diikuti," menurut KDN.
Jawapan itu dikemukakan kepada soalan Zahari Kechik (PN-Jeli) yang ingin tahu statistik kematian dalam tahanan bagi 2021 dan 2022 serta usaha kerajaan membendung insiden kematian dalam tahanan.
Menurut KDN, PDRM juga sedang mengkaji cadangan melekatkan notis peringatan 'Hospital or Custody' di setiap kereta polis sebagai peringatan untuk menghantar tahanan yang sakit atau cedera ke hospital bagi mendapatkan rawatan, dengan notis itu telah dipraktikkan oleh Polis United Kingdom.
Bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2022, kementerian itu menyatakan jumlah kematian tahanan di bawah jagaan polis yang direkodkan adalah 24 kes dengan 11 daripadanya berlaku di lokap polis manakala 13 lagi semasa tahanan menerima rawatan di hospital atau klinik atau dalam perjalanan ke hospital atau klinik.
Jumlah kematian dari 1 Jan 2021 hingga 31 Dis 2021 pula adalah 46 kes dan daripada jumlah itu sebanyak 14 adalah kematian dalam lokap, manakala 32 lagi semasa tahanan dalam perjalanan ke hospital atau klinik atau semasa menerima rawatan di hospital atau klinik.
Sementara itu, mengenai statistik siasatan, tuduhan dan sabitan di bawah Akta Hasutan 1948, KDN memaklumkan, sebanyak 367 kes telah dibuka sejak 2018 hingga tahun lepas iaitu sebanyak 66 kes pada 2018, 2019 (46 kes), 2020 (117 kes), 2021 (84 kes) dan 54 kes pada 2022.
Selain itu, sebanyak lima kes telah dituduh di mahkamah dengan tiga kes dijatuh hukum manakala dua kes lagi masih dibicara di mahkamah dalam tempoh yang sama.
Kementerian itu menjawab pertanyaan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai statistik siasatan, tuduhan dan sabitan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi lima tahun lepas. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Kementerian Dalam Negeri sedang menyediakan pindaan menyeluruh terhadap Kaedah-Kaedah Lokap 1953 bagi memastikan pengurusan lokap, tahanan dan hak asasi tahanan ditambah baik selari keperluan serta kehendak semasa. - Gambar hiasan SINAR HARIAN
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
AWANI Ringkas: Azam Baki dilantik setahun lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Jalan ditutup seminggu, peniaga dakwa rugi ribuan ringgit
Peniaga-peniaga di pekan Kuala Kubu Baharu mendakwa kerugian ribuan ringgit susulan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Selangor, pada hujung bulan lalu.
Selangor FC sedia terima sebarang kemungkinan
Selangor FC sedia terima sebarang kemungkinan
Lima penguat kuasa ditahan terima bayaran bulanan bocor maklumat operasi
Lima anggota penguat kuasa ditahan SPRM Perlis selepas disyaki meminta suapan berjumlah RM29,000 sebagai 'habuan' membocorkan operasi pihak berkuasa.
Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi
Maritim Malaysia menyita 800 unit sangkar ikan yang berada di kedudukan 1.0 batu nautika dari barat daya Pulau Langgun, Langkawi.
KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.
DSA: KDN mahu manfaat teknologi, inovasi untuk kukuhkan kawalan sempadan
KDN sedang merangka strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Pembinaan ICQS Bukit Berapit baharu dimuktamad bulan depan
KDN dan Kerajaan Negeri Perak akan memuktamadkan perbincangan mengenai pembinaan kompleks ICQS Bukit Berapit yang baharu, Mei ini.
Insiden lempar 'molotov cocktail': Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman awam
Polis memandang serius percubaan membakar KK Mart itu yang merupakan insiden kedua selepas perkara serupa berlaku di KK Mart Bidor, Perak pada 26 Mac lepas.
Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.
Parlimen: Hak kewarganegaraan kanak-kanak terbuang tidak boleh dinafikan - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menafikan hak kanak-kanak terbuang atau yang terpinggir untuk mendapat kewarganegaraan.
Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
Meskipun KK Mart di Sunway, Selangor sudah menarik balik kesemua stoking yang tertera kalimah Allah, namun KDN menegaskan siasatan terhadap kedai serbaneka itu akan tetap diteruskan.
289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024
Sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam tempoh sama.
Kelantan terbuka bincang isu pangkalan haram dengan KDN
Kerajaan Kelantan bersedia mengadakan perbincangan dengan KDN mengenai isu menghapuskan pangkalan haram di sempadan negara di negeri itu.