awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN terima maklum balas berkaitan penggunaan kamera badan

Bernama
Bernama
03/10/2024
12:46 MYT
KDN terima maklum balas berkaitan penggunaan kamera badan
Saifuddin (dua,kiri) memeriksa Perbarisan Kontinjen RELASIS pada Majlis Pentauliahan Briged RELASIS 2024 di Politeknik Merlimau hari ini. - Gambar Bernama
JASIN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima maklum balas baik berhubung projek rintis penggunaan kamera badan terhadap sebilangan pegawai dan anggota dalam pasukan keselamatan itu.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau sempat berinteraksi dengan beberapa anggota polis trafik yang terbabit dengan projek rintis berkenaan dan maklum balas diterima adalah positif.
"... mereka kali ini tampil dengan lebih yakin dalam menjalankan tugas ... mereka tak lihat aspek (pemakaian kamera badan) tugas mereka diawasi.
"Mereka kali ini lebih yakin kerana itu akan menambahkan kecekapan menjalankan tugas, meningkatkan elemen kewibawaan pasukan polis, itu akan jauhi daripada kadang-kadang potensi masyarakat melihat penugasan polis (dan) diberikan gambaran (negatif membabitkan aspek integriti)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Briged RELA Siswa Siswi (Relasis) 2024 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Datuk Yahya Sulaiman di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau di sini hari ini.
Pada majlis berkenaan, sebanyak 224 pelatih Relasis daripada 16 Universiti Awam (UA) ditauliahkan sebagai Pegawai Sukarelawan Muda berpangkat Penolong Penguasa Kanan RELA (PPgKR).
Saifuddin berkata KDN ketika ini memberikan perhatian penggunaan kamera badan itu kepada pegawai dan anggota polis yang mempunyai interaksi secara langsung dengan masyarakat sebelum diperluaskan ke unit serta jabatan lain.
Mengulas mengenai RELA, Saifuddin berkata beliau mahu agensi itu melaksanakan penugasan lebih agresif dan tidak hanya tertumpu kepada khidmat masyarakat seperti penyuraian trafik semata-mata.
"Saya nak tengok aspek (penugasan) yang lebih tinggi, misalnya penugasan yang lebih meluas di kawasan larangan ataupun kawasan yang melibatkan elemen kawalan sempadan seperti sekatan jalan raya bersekali dengan polis dan tentera.
"Kalau yang kita nak sediakan (RELA dalam) perluasan penugasan, tak boleh dengan keupayaan yang biasa sekarang, jadi itu akan ditentukan oleh kepimpinan RELA," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kamera badan
#RELA
#KDN
#projek rintis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan