KUALA LUMPUR: Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini boleh mengeluarkan wang caruman maksimum RM10,000 untuk tujuan mengerjakan haji, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, pengeluaran itu boleh dilakukan dengan syarat, pencarum telah menerima surat pengesahan tawaran mengerjakan ibadat berkenaan dari Lembaga Tabung Haji, dan telah mencarum sekurang-kurangnya 15 tahun.
Selain itu, Hishammuddin berkata, pencarum juga boleh mengeluarkan jumlah maksimum RM3,200 untuk tujuan pembayaran balik yuran pendaftaran semester satu di universiti awam tempatan.
“Kedua-dua pengeluaran ini dibenarkan sekali sepanjang tempoh perkhidmatan, dan akan berkuat kuasa mulai 15 April 2022,” katanya lagi.
Hishammuddin berkata demikian sewaktu berucap di Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang berlangsung di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.
Beliau berkata, langkah membenarkan pengeluaran wang caruman LTAT itu, merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pertahanan (Mindef), dan ATM sendiri untuk menjaga kebajikan setiap anggota, termasuk veteran dan ahli keluarga.
Antara perkara lain yang diumumkan Hishammuddin ialah kenaikan Bayaran Persinggahan Pelabuhan Luar Negara kepada anak kapal TLDM mengikut penjadualan, daripada RM20 kepada RM50 sehari.
Selain itu, beliau berkata, inisiatif terbaharu Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR) yang diberikan kepada penjawat awam turut akan dipanjangkan kepada anggota ATM.
“Dengan pengesahan ini, anggota ATM yang berumur 45 tahun yang bakal menamatkan perkhidmatan bukan sahaja bakal menikmati FGCR yang telah dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari, malah, anggota terbabit juga dibenarkan menikmati bayaran pendahuluan yang bersamaan dengan 80 hari cuti tanpa perlu menunggu sehingga benar-benar tamat perkhidmatan. Manakala bakinya akan dibayar selepas tamat perkhidmatan,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai penambahbaikan aspek pendidikan anak-anak ATM, Hishammuddin berkata, Mindef kini ada perancangan baharu dalam usaha menambah baik aspek pendidikan anak-anak warga ATM di seluruh negara secara holistik.
Ini, jelasnya lagi, merangkumi penambahbaikan infrastruktur di 38 buah sekolah dalam kem ATM, pusat-pusat tuisyen, biasiswa dan beberapa lagi inisiatif.
“InsyaAllah, sebaik sahaja perinciannya dimuktamadkan, saya sendiri akan umumkan dan segera dilaksanakan,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai kebajikan veteran ATM, Hishammuddin berkata, beliau mengambil maklum aduan daripada golongan tersebut tentang kelewatan penerimaan Bantuan Khas Kewangan di bawah Bajet 2022.
“Bagi veteran ATM pula, selain daripada pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM250 seperti YAB Perdana Menteri umum baru-baru ini, saya juga ambil maklum bahawa ramai veteran ATM yang komen di media sosial saya mengenai Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM350 yang diumum semasa pembentangan Bajet 2022 tempoh hari belum diterima.
“Justeru, saya telah mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) agar mempercepatkan pengagihan ini bagi membolehkan para veteran ATM memanfaatkannya dengan kadar segera,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut menzahirkan penghargaan kepada 77 penyumbang yang menghulurkan sumbangan hari raya berbentuk kewangan dan barangan kepada anggota ATM yang bertugas, khususnya sewaktu Hari Raya Aidilfitri kelak.
Beliau berkata, jumlah sumbangan barangan dan kewangan yang terkumpul daripada penyumbang ini ialah sebanyak RM1,881,180, lebih besar berbanding tahun lalu.
“Dalam masa yang sama, saya juga ingin memaklumkan, tahun ini sebanyak 15,000 beg hari raya akan diagihkan kepada anggota yang bertugas di perbatasan sama ada di Semenanjung, Sabah, Sarawak, dan juga di luar negara di bawah misi Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta di Mindanao, Selatan Filipina di bawah International Monitoring Team (IMT).
“Insya-Allah, kita akan pastikan, beg hari raya dan sumbangan hari raya yang diterima kali ini akan dapat dihantar ke destinasi sama ada dalam mahupun luar negara sebelum Hari Raya Aidilfitri pada awal Mei ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Apr 14 2022

Hishammuddin berkata, pencarum LTAT boleh keluarkan wang untuk tujuan mengerjakan Haji, serta pendidikan di universiti awam, tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan. - Astro AWANI/Shahir Omar

Lima negara bincang isu jerebu rentas sempadan
Mesyuarat itu melibatkan menteri-menteri Alam Sekitar dari lima negara di selatan rantau ASEAN.

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkanTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai gangguan psikologi. Ini gara-gara dakwaan Nur Jazlan terhadap menteri dari Pas yang gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Pendapatan | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

Henti laga pemimpin parti, fokus rapatkan barisan menjelang PRU15 - Hishammuddin
Perbalahan dalam kalangan pemimpin UMNO dan tindakan melaga-lagakan kepimpinan parti harus dihentikan segera kerana dikhuatiri akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan sekiranya ia berterusan.

Perolehan tiga helikopter AW139 perkukuh keselamatan perairan negara
Dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.

Pendidikan satukan Malaysia dan Australia sejak berdekad lalu - Penny Wong
Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong berkata, Malaysia kini menjadi tuan rumah bagi bilangan tertinggi universiti-universiti Australia di luar negara.

India ingin perkukuh kerjasama pertahanan dengan Malaysia
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meningkatkan keupayaan untuk operasi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana (HADR).

Hishammuddin hadiri mesyuarat ADMM ke-16 di Phnom Penh
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini sedang dalam rangka lawatan kerja ke Phnom Penh, Kemboja untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-16.

Mindef mahu wujud kawasan tanaman di kem tentera, jamin sekuriti makanan - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan (Mindef) berhasrat untuk mewujudkan kawasan tanaman di setiap kem angkatan tentera di seluruh negara bagi menjamin sekuriti makanan terutama untuk keperluan anggota.

M'sia, Arab Saudi tingkat hubungan pertahanan melalui Jawatankuasa Peringkat Tinggi
Tiga tonggak utama adalah kerjasama ketenteraan, kolaborasi industri pertahanan dan kerjasama kebajikan veteran tentera.

Malaysia dan Arab Saudi jalin kerjasama industri pertahanan - Hishammuddin
Malaysia dan kerajaan Arab Saudi akan terus menjalinkan kerjasama erat dalam pelbagai sudut terutama ekonomi dan ketenteraan.

Malaysia, Singapura perhalusi usaha perkukuh kerjasama pertahanan - Hishammuddin
Susulan lawatan kerja selama tiga hari di Singapura, katanya, langkah itu adalah hasil mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya Dr Ng Eng Hen.

Malaysia, Singapura sepakat terus perkukuh hubungan dua hala
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan tindak balas terhadap cabaran keselamatan serantau seperti keselamatan siber dan maritim.