awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di Putra Heights tidak libatkan kemudahan gas GMD

Bernama
Bernama
01/04/2025
07:40 MYT
Kebakaran di Putra Heights tidak libatkan kemudahan gas GMD
Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd (GMD) mengesahkan kebakaran di Putra Heights tidak melibatkan kemudahan gas mereka.
KUALA LUMPUR: Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd (GMD), anak syarikat milik penuh Gas Malaysia Berhad, mengesahkan kejadian kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor hari ini, tidak melibatkan kemudahan gas syarikat itu.

Ringkasan AI
  • Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd (GMD) mengesahkan kebakaran di Putra Heights tidak melibatkan kemudahan gas mereka.
  • GMD sedang menilai kejadian dan kesannya terhadap pelanggan, dengan pasukan tindak balas kecemasan dikerahkan ke lokasi.
  • Gas Malaysia komited mengutamakan keselamatan orang awam dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memantau perkembangan.

GMD dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menilai kejadian dan kesannya terhadap pelanggan mereka.
"Setelah dimaklumkan, pasukan tindak balas kecemasan kami segera dikerahkan ke lokasi untuk menilai kejadian. Kami ingin menjelaskan bahawa kejadian ini tidak melibatkan kemudahan gas kami.
"Gas Malaysia kekal komited mengutamakan keselamatan orang awam dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan serta pembekal gas untuk memantau perkembangan," menurut kenyataan itu.
Syarikat berkenaan akan terus berhubung dengan semua penghantar termasuk pengguna akhir, dan memberikan kemas kini dari semasa ke semasa.
Kebakaran yang berlaku pagi tadi melibatkan saluran gas yang bocor sepanjang kira-kira 500 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Putra Heights
#Gas Malaysia Distribution
#GMD
#kebakaran paip gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan