awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Flat Sri Johor: Bomba masih siasat punca kejadian

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2021
16:31 MYT
Kebakaran Flat Sri Johor: Bomba masih siasat punca kejadian
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan dari MERS999 pada jam 21:17 pm, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian. - Gambar Twitter/@verrakathaigal
KUALA LUMPUR: Pasukan Bomba dan Penyelamat masih menyiasat punca kebakaran yang berlaku di Flat Sri Johor, di Cheras, kata Komander Operasi Kanan PKPjB Nordin Pauzi.
Dalam satu kenyataan, Nordin memaklumkan kebakaran yang berlaku tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan.
"Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan dari MERS999 pada jam 21:17 pm, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.
"Keluaran pasukan operasi jentera dari BBP Bandar Tun Razak dan jentera bantuan daripada BBP Pudu, BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Keramat dan BBP Cheras bersama jentera FRT-3, Water Tanker-3, dan EMRS-1, ALP-1, TTL-1, RIM-2 dengan kekuatan 35 anggota lain-lain pangkat," katanya.
Beliau memaklumkan kebakaran berlaku di tingkat empat melibatkan lapan buah rumah yang dianggarkan berkeluasan 20 x 40 kaki persegi.
BACA: Flat Sri Johor, Cheras dijilat api
Kebakaran di Flat Sri Johor di Cheras yang berlaku malam tadi berjaya dikawal oleh pihak Bomba dan Penyelamat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap mangsa kebakaran.
BACA: Bantuan RM1,000 untuk setiap mangsa kebakaran Flat Sri Johor - PM
Manakala DBKL pula akan menyediakan kediaman kepada mangsa lapan unit yang terbakar itu.
Topic Berkaitan
#Flat Sri Johor
#kebakaran
#bomba dan penyelamat
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan