awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: Selangor batal Rumah Terbuka Aidilfitri esok

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2025
07:55 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: Selangor batal Rumah Terbuka Aidilfitri esok
Amirudin mengumumkan pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Selangor yang dijadual berlangsung pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Selangor yang dijadualkan berlangsung esok dibatalkan sebagai tanda menghormati mangsa insiden kebocoran gas di Putra Heights, Subang Jaya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, segala persiapan majlis itu termasuk makanan akan disalurkan kepada pusat pemindahan sementara (PPS), rumah anak yatim, sekolah berasrama dan petugas keselamatan yang bertugas di lokasi bencana.
"Keputusan ini diambil demi menghormati mangsa dan keluarga yang terkesan dalam insiden menyayat hati itu.
"Saya memohon maaf atas segala kesulitan susulan pembatalan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan petugas dan pelaksana majlis yang bertungkus-lumus melakukan persiapan sebelum ini.
“Saya amat menghargai persefahaman semua pihak yang menerima keputusan ini dengan hati terbuka demi maslahah lebih besar.
“Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita serta mengurniakan kekuatan kepada mangsa dan semua yang terlibat dalam menghadapi ujian ini,” katanya.
Program Rumah Terbuka Aidilfitri itu sebelum ini dijadual diadakan di Dataran Kawad Akademi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, Seksyen 15, Bandar Batu Bangi.
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#rumah terbuka Aidilfitri
#Selangor
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan