awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
FitsAir akan tambah penerbangan ke Malaysia empat kali seminggu menjelang akhir Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Gunung Semanggol dijangka selesai dipadamkan esok - Bomba

Bernama
Bernama
02/08/2025
08:55 MYT
Kebakaran Gunung Semanggol dijangka selesai dipadamkan esok - Bomba
JBPM Perak akan melakukan pemantauan secara menyeluruh bagi memastikan tiada lagi punca api tersembunyi di kawasan terjejas. - Foto: JBPM
KERIAN: Usaha anggota penyelamat untuk memadamkan kebakaran belukar seluas 23.47 hektar di Kampung Tersusun Tebuk Panchor, Gunung Semanggol dekat Bagan Serai dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya esok.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihaknya akan melakukan pemantauan secara menyeluruh bagi memastikan tiada lagi punca api tersembunyi di kawasan terjejas.
"Kalau tidak ada punca api yang naik lagi kita sudah yakin api padam keseluruhannya, kemungkinan kita boleh tutup (operasi pemadaman) esok tetapi ia bergantung pada (hasil pemantauan) petang ini.
"Kawasan kebakaran yang memasuki hari ketiga pada hari ini lebih terkawal berbanding semalam, hanya tinggal dua kawasan sahaja yang kita kesan masih lagi ada kepulan asap," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan melalui udara di kawasan terjejas di sini hari ini.
Beliau berkata operasi pemadaman hari ini membabitkan kira-kira 40 anggota dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela dari Lembah Beriah dan Alor Pongsu, selain dibantu pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Dalam pada itu, Sayani berkata pelbagai cabaran terpaksa dihadapi anggota penyelamat yang bertungkus lumus memadam kebakaran disebabkan faktor cuaca panas, selain perlu membawa peralatan memadam kebakaran ke atas bukit yang turut terjejas.
"Anggota perlu membawa gelung hos dan lain-lain peralatan yang berat ke atas bukit lebih kurang 500 kaki dari bawah dan perlu memasang lagi peralatan tersebut yang dilakukan secara manual.
"Mereka (anggota penyelamat) perlu bertindak lebih cepat untuk mengelakkan kebakaran merebak ke kawasan lain," katanya.
Terdahulu, kebakaran sejak 3 petang Khamis itu, dikatakan berpunca daripada cuaca panas berpanjangan dan kali terakhir kebakaran berlaku di kawasan tersebut ialah pada 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#usaha padam kebakaran
#Gunung Semanggol
#bomba
#JBPM Perak
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan