awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerangan UMNO cadang tubuh Sayap Digital
Operasi perobohan di Kampung Chubadak Tambahan lancar, tiada bantahan - Polis
Pembedahan lutut: Sultan Ibrahim sembah ucap selamat kepada Sultan Brunei
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Kampung Johan Setia: Penganggur ditahan disyaki lakukan khianat dengan api

Bernama
Bernama
14/01/2026
05:27 MYT
Kebakaran Kampung Johan Setia: Penganggur ditahan disyaki lakukan khianat dengan api
Petang semalam, lima rumah teres di Batu 5, Kampung Johan Setia, berhampiran Masjid Al-Hidayah, Klang, dilaporkan musnah 95 peratus dalam kebakaran. - Foto JBPM Selangor
SHAH ALAM: Polis menahan seorang penganggur warga tempatan kerana disyaki menyebabkan kebakaran beberapa rumah teres di kawasan perumahan Kampung Johan Setia, berhampiran Masjid Al-Hidayah, Klang, di sini petang semalam.

Ringkasan AI
  • Polis menahan seorang penganggur warga tempatan berusia 44 tahun disyaki menyebabkan kebakaran beberapa rumah teres di Kampung Johan Setia, Klang.
  • Suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah; permohonan reman akan dibuat hari ini di Mahkamah Klang.
  • Kebakaran melibatkan enam rumah teres di dua lokasi berbeza tanpa kehilangan nyawa; jumlah kerugian masih disiasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Kamalariffin Aman Shah berkata suspek lelaki berusia 44 tahun itu ditahan polis di lokasi kejadian, semalam.
"Suspek mempunyai 15 rekod lampau jenayah dan 11 rekod dadah. Permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Klang hari ini.
"Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api, dengan niat hendak membinasakan rumah," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Terdahulu, Kamalariffin berkata Pusat Kawalan IPD Klang Selatan menerima makluman daripada orang awam berhubung satu kejadian kebakaran di kawasan perumahan di Kampung Johan Setia.
"Pasukan polis yang sampai di tempat kejadian mengesahkan kebakaran rumah berlaku di dua lokasi berbeza dengan jarak kurang 500 meter, melibatkan satu rumah di lokasi pertama dan lima rumah di lokasi kedua, " katanya.
Beliau mengesahkan tiada kehilangan nyawa dalam kejadian itu dan jumlah kerugian serta punca masih dalam siasatan.
Semalam media melaporkan, lima rumah teres di Batu 5, Kampung Johan Setia, berhampiran Masjid Al-Hidayah, Klang, musnah 95 peratus dalam kebakaran petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.37 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#khianat dengan api
#Kampung Johan Setia
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan