awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas: Helikopter bomba dalam perjalanan ke lokasi - Ahli Parlimen Subang

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2025
01:30 MYT
Kebakaran paip gas: Helikopter bomba dalam perjalanan ke lokasi - Ahli Parlimen Subang
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan, kejadian itu berpunca daripada kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor.
KUALA LUMPUR: Satu kebakaran besar telah berlaku di sebuah stesen minyak di Putra Heights, Puchong.
Menurut Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, lokasi itu terletak di luar kawasan Parlimen Subang namun berdekatan dengan kawasan tersebut.
"Kami mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan kepada semua yang terjejas dalam kejadian ini.
"Kami juga mendoakan agar anggota Bomba yang bertugas diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi situasi sukar ini.
"Semua warga diminta untuk sentiasa berwaspada. Kami akan mengemas kini maklumat terkini daripada pihak Bomba sebaik sahaja menerima laporan dan helikopter Bomba turut dalam perjalanan ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan satu kebakaran besar berlaku di kawasan Putra Heights Puchong sekitar jam 8 pagi, pada Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar mengesahkan kejadian itu berpunca daripada kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor.
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#kebakaran
#Taman Puchong Perdana
#api menjulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan