awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas Putra Heights: Penggantian pasport percuma kepada mangsa

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
03/04/2025
07:23 MYT
Kebakaran paip gas Putra Heights: Penggantian pasport percuma kepada mangsa
Inisiatif itu bertujuan membantu mempermudah urusan mangsa yang pasportnya hilang atau rosak akibat kebakaran. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menawarkan penggantian Pasport Malaysia Antarabangsa secara percuma kepada mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, di Subang Jaya pada Selasa bagi membantu memudahkan urusan mereka.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, langkah itu dibuat selari dengan pengumuman penggantian diri secara percuma kepada mangsa terlibat.
“Jabatan Imigresen prihatin terhadap kebajikan mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights.
"Selari dengan pengumuman penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan Imigresen menawarkan penggantian Pasport Malaysia Antarabangsa secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya, mangsa yang pasportnya hilang atau rosak akibat kebakaran boleh mengemukakan permohonan penggantian pasport tanpa sebarang bayaran di mana-mana pejabat Imigresen berdekatan.
“Syarat bagi penggantian pasport percuma ini ialah pasport masih sah dengan tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.
“Mangsa juga perlu membawa pasport asal (sekiranya masih ada) serta menyerahkan salinan laporan polis, bomba dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.
Menurut beliau, inisiatif itu bertujuan membantu mempermudah urusan mangsa yang pasportnya hilang atau rosak akibat kebakaran.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pemohon boleh hadir ke mana-mana Imigresen yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat dan bantuan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#Putra Heights
#penggantian pasport antarabangsa Malaysia
#kebakaran paip gas
#Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan