awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APG edisi ke-13 melabuhkan tirai, jumpa di Malaysia pada 2027
Sekurang-kurangnya 20 maut akibat ribut musim sejuk di AS
APG 2027: MPM jamin klasifikasi telus, piawaian antarabangsa di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran tanah gambut di Punggai merebak, asap tebal selubungi kawasan perumahan

Bernama
Bernama
26/01/2026
21:45 MYT
Kebakaran tanah gambut di Punggai merebak, asap tebal selubungi kawasan perumahan
Kebakaran tanah gambut di kawasan Punggai, Kota Tinggi, meningkat daripada 5.26 hektar kepada 12.14 hektar susulan cuaca kering dan berangin, sekali gus menyebabkan asap tebal melanda kawasan perumahan Taman Bayu Damai, Pengerang. --fotoBERNAMA
KOTA TINGGI: Kebakaran tanah gambut di Punggai di sini merebak daripada 5.26 hektar kepada 12.14 hektar susulan cuaca kering dan berangin, sekali gus membawa asap tebal ke kawasan perumahan Taman Bayu Damai, Pengerang, pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai Pegawai Bomba Tinggi II Ezam Mistorerrodin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan 12 anggota dari BBP Punggai serta tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) digegaskan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata unit dron dari Zon 2 telah menjalankan penilaian tahap perebakan, sumber air serta laluan masuk bagi pemadaman di sektor A dan B.
"Bagaimanapun, pemadaman tidak dapat dilaksanakan di sektor A berikutan punca air yang jauh serta sumber air terbuka yang terhad, selain kesemua anggota tertumpu di sektor B kerana angin yang agak kuat dan perebakan yang lebih aktif di kawasan itu.
"Pasukan Keluaran Operasi kemudian bertindak melakukan pemadaman di sektor B menggunakan satu aliran hos sepanjang 500 kaki, satu breaching, dua pancutan nozel pam jentera dan sumber air daripada pili bomba," katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun beliau berkata tiupan angin dari arah utara yang berterusan menyebabkan muncul nyalaan baharu di beberapa kawasan, selain asap tebal yang merebak ke kawasan perumahan.
Ezam berkata setakat ini (petang Isnin) hanya 2.02 hektar berjaya dipadamkan iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan kawasan yang terbakar.
Operasi pemadaman masih giat dijalankan.
Pada 18 Jan lepas, bomba melaporkan berlaku kebakaran di kawasan berhampiran lokasi kejadian membabitkan kebun seluas kira-kira 2.83 hektar di Jalan Punggai-Taman Bayu Damai di sini.
Keadaan cuaca panas serta berangin mengakibatkan api marak serta menyukarkan operasi pemadaman yang mengambil masa empat hari.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#kebakaran tanah gambut
#Kota Tinggi
#asap tebal
#Taman Bayu Damai
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan