awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebocoran gas amonia, 9 pekerja kilang ayam dikejarkan ke hospital

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
03/09/2019
06:00 MYT
Kebocoran gas amonia, 9 pekerja kilang ayam dikejarkan ke hospital
Dalam kejadian sekitar 11.40 pagi tadi itu, kesemua tiga pekerja lelaki dan enam pekerja perempuan difahamkan dibawa ke Hospital Jasin bagi menerima rawatan lanjut. - Foto JBPM
Sembilan pekerja kilang pemprosesan ayam di Merlimau, di sini terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas ekoran kebocoran gas amonia di kilang berkenaan.

Dalam kejadian sekitar 11.40 pagi tadi itu, kesemua tiga pekerja lelaki dan enam pekerja perempuan difahamkan dibawa ke Hospital Jasin bagi menerima rawatan lanjut.


Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, pasukan bomba menerima panggilan pada jam 11.42 pagi sebelum sebuah jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, sembilan pekerja mengalami sesak nafas akibat terhidu bau gas berkenaan. 
“Kesemua mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans pasukan penyelamat bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Berdasarkan tinjauan Astro AWANI di lokais kejadian, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) turut berada di lokasi bagi mengesan dan mengawal kebocoran.

Kesemua pekerja juga diarahkan untuk mengosongkan premis kilang bagi mengelak perkara tidak diingini.
Topic Berkaitan
#bomba
#Hazmat
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#JBPM
#kebocoran gas amonia
#kilang pemprosesan ayam
#Melaka
#Merlimau
#Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya
#sesak nafas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan