Skip to main content

Malaysia

Kebocoran maklumat peribadi: Peguam hantar LOD kepada Maxis - Khairul Aming

Khairul Aming, Maxis -- X
Khairul Aming dalam kenyataan di laman media sosial menegaskan, pasukan peguamnya akan mengendalikan kes itu sehingga selesai - Foto Instagram Khairul Aming
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming memaklumkan peguamnya telah menghantar surat tuntutan (LOD) terhadap syarikat telekomunikasi Maxis susulan dakwaan berlaku kebocoran maklumat peribadinya.

Khairul Aming dalam kenyataan di laman media sosial menegaskan, pasukan peguamnya akan mengendalikan kes itu sehingga selesai.

"Sejujurnya (saya) rasa sedih dan seram sebab semudah itu sahaja privasi hidup boleh hilang. Maklumat telefon, sejarah pembayaran, langganan perkhidmatan sehingga nombor kad pengenalan, boleh boleh diakses kepada MySara, semuanya telah dibocorkan," katanya dalam entri tersebut pada Rabu.

BACA: Maxis kenal pasti individu dedah maklumat peribadi Khairul Aming

Mengulas lanjut, katanya selain menghantar LOD kepada Maxis, laporan rasmi turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung perkara tersebut.

Ujarnya lagi, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap individu yang bertanggungjawab.

Selain itu, Khairul Aming memaklumkan bahawa laporan berhubung kebocoran data telah dikemukakan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Pada Selasa, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata MCMC akan mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan kebocoran maklumat peribadi membabitkan Khairul Aming.

Sementara itu, Maxis dalam kenyataan berasingan telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden akses tanpa kebenaran melibatkan Khairul Aming.

Syarikat telekomunikasi itu berkata siasatan sedang dijalankan berhubung insiden berkenaan, yang disifatkan sebagai kes terpencil melibatkan tindakan tanpa kebenaran

Must Watch Video

Advertisement