awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebolehpasaran mudahkankan graduan mendapat pekerjaan - Rais

Astro Awani
Astro Awani
12/10/2014
11:58 MYT
Kebolehpasaran mudahkankan graduan mendapat pekerjaan - Rais
RAIS: kajian kebolehpasaran graduan 2013 yang dijalankan universiti itu mendapati 75 peratus daripada keseluruhan pelajar UIAM diterima bekerja selepas enam bulan menamatkan pengajian. Gambar Fail
Para graduan akan mudah mendapat pekerjaan sekiranya mereka mempunyai ciri-ciri kebolehpasaran dengan ilmu yang ditimba termasuk mampu menguasai Bahasa Inggeris.
Memetik laporan Bernama, dengan mengambil contoh graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang didapati menjadi pilihan majikan selepas tamat pengajian, Presidennya, Tan Sri Rais Yatim berkata, kajian kebolehpasaran graduan 2013 yang dijalankan universiti itu mendapati 75 peratus daripada keseluruhan pelajar UIAM diterima bekerja selepas enam bulan menamatkan pengajian.
"UIAM mempunyai rekod yang baik khususnya dalam bidang kejuruteraan, sains, perubatan, pergigian dan undang-undang. Kita akan pastikan graduan kita memenuhi kehendak pasaran, bukan sekadar mempunyai sijil dan ijazah sahaja," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Konvokesyen UIAM ke-30 di sini hari ini. Universiti itu sehingga kini melahirkan 70,273 graduan merangkumi pelbagai bidang.
Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat berkata antara usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kebolehpasaran graduan IPTA dalam pasaran pekerjaan adalah dengan memperkenalkan syarat baru kemasukan am ke IPTA mengkehendaki pelajar mencapai tahap minimum baharu dalam Malaysian University English Test atau MUET.
Katanya lagi, di dianggarkan 53,000 graduan masih belum mendapat pekerjaaan biarpun enam bulan selepas habis belajar. Langkah menaikkan tahap lulus MUET itu adalah untuk membantu graduan lebih yakin diri dan ada kemahiran komunikasi untuk masuk ke pasaran kerja.
Syaratnya ialah dengan lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursus-kursus tertentu seperti di bawah:
MUET
MUET
Topic Berkaitan
#Bajet 2015
#ekonomi
#GST
#harapan bajet
#kebolehpasaran
#Najib Razak
#Rais Yatim
#subsidi
#UIAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan