IPOH: Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta, hari ini.
Hamidah berkata, beliau membuat keputusan itu kerana kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan parti menyertai Gabungan Tanah Air (GTA) yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, buat masa ini beliau tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik.
“Demi prinsip dan tanda saya hilang kepercayaan kepada Presiden dan kepimpinan parti Putra yang telah bertindak untuk bekerjasama dengan Tun M, maka saya ingin melepaskan semua jawatan saya di dalam Putra serta keluar dari parti Putra berkuat kuasa serta-merta," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berpendapat hubungan itu tidak akan kekal lama kerana ia bukan gabungan yang ikhlas.
"Ia hanya merupakan 'marriage of convenience' dan saya tak tahu akhirnya nanti siapa yang guna siapa dan siapa yang kenakan siapa,” ujarnya.
Hamidah berharap tiada tohmahan yang bukan-bukan seperti sebelum ini kononnya beliau gila jawatan atau kecewa kerana tidak dapat jawatan.
"Saya meninggalkan semua parti yang saya sertai dalam kedudukan saya mempunyai jawatan yang penting dan besar.
"Dengan kesediaan saya meninggalkan semua jawatan dan kedudukan adalah bukti saya tidak gila jawatan," tambahnya.
Hamidah berkata, slogan GTA untuk bersatu demi Melayu dan Islam hanyalah retorik politik yang merupakan satu usaha untuk menipu rakyat.
Menurutnya, rakyat seluruh negara sudah mula perasan bahawa Dr Mahathir adalah seorang yang oportunis dan mementingkan diri sendiri.
Hamidah mengumumkan penyertaannya ke dalam Putra pada 20 Ogos 2018 selepas keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada September 2017.
Pada November 2015, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemecatan Hamidah daripada UMNO selepas mendapat keputusan sebulat suara oleh Majlis Tertinggi parti berkenaan.
Pada 4 Ogos lalu, Tun Mahathir mengumumkan penubuhan GTA yang disertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Putra dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Abd Razak Mohd Ali
Wed Aug 10 2022
Menurut Hamidah, slogan GTA untuk bersatu demi Melayu dan Islam hanyalah retorik politik yang merupakan satu usaha untuk menipu rakyat. - Foto Astro AWANI
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Jemaah Islamiyah selepas 20 tahun
Munira Mustaffa, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT), The Hague
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Saya tiada lagi kawan bergaduh' - Abang
Kehilangan adik yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Keluar parti: Rakyat boleh nilai, banding jasa Tun Mahathir dengan Hamidah - Pejuang Perak
Ketua Pejuang Perak, Mior Nor Haidir Suhaimi berkata GTA ditubuhkan atas dasar mahu menyelamatkan kelangsungan bangsa.
Kecewa Putra sertai GTA, Hamidah umum keluar parti serta-merta
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta, hari ini.
PRN Melaka: Putra umum bertanding, yakin peluang menang cerah
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengumumkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.
Dakwaan salah guna kuasa: Ahmad Faizal sedia beri kerjasama kepada SPRM
Hamidah membuat laporan kepada SPRM susulan surat tular di media sosial berhubung skandal pemberian tanah yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa.
UMNO sudah tidak percaya jika Hamidah buat 'U-turn' - Yusoff Kassim
Datuk Yusoff Kassim, bagaimanapun tidak menafikan bahawa kepercayaan terhadap bekas ketua Wanita UMNO bahagian Gopeng itu, di kalangan ahli peringkat akar umbi, sudah lama hilang.
'Demokrasi UMNO bukan politik pasar' - KJ
Amalan demokrasi UMNO sentiasa mengutamakan ketegasan terhadap mana-mana ahli yang melakukan tindakan melampaui batas sejak dahulu sehingga sekarang.
Ketua Wanita UMNO Gopeng dipecat, perasmian sayap oleh ketua sayap
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini memutuskan Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman dipecat atas pelanggaran disiplin parti.
Dua calon hantar surat bantahan, tidak puas hati keputusan pemilihan
Dua calon yang bertanding masing-masing bagi jawatan Naib Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Bahagian hari ini menghantar surat bantahan