PENDANG: Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak ditubuhkan pada 1981, KEDA telah menerima peruntukan berjumlah RM2.31 bilion dan ia merupakan satu jumlah yang besar.
"Biarpun kita lihat bahawa terdapat output daripada projek-projek yang dijalankan dan saya mengharapkan pengerusi KEDA yang baharu (Datuk Seri Jamil Khir Baharom) untuk melihat hasil atau keberhasilan (projeknya).
"Saya yakin keberkesanan kos atau cost effective harus menjadi agenda utama bukan sekadar berapa projek yang dijalankan tetapi keberkesanan sesuatu projek itu," katanya.
Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa itu berkata demikian pada sidang media ketika Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Felda Sungai Tiang di sini hari ini.
Beliau berkata bagi tahun ini, KEDA menerima RM50.716 juta untuk pembangunan meliputi 11 projek prasarana, enam projek ekonomi dan pertanian serta lima projek modal insan dan usahawan.
Menurut beliau, keberkesanan projek berkenaan antaranya harus dilihat dari sudut bilangan masyarakat luar bandar yang berjaya dikeluarkan daripada garis kemiskinan khususnya kemiskinan tegar.
Ahmad Zahid berkata peningkatan jumlah usahawan khususnya daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) juga dilihat sebagai satu daripada keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Beliau berkata penyelarasan juga perlu dilakukan bagi memantau keberkesanan atau keberhasilan projek yang dilaksanakan oleh agensi dan kementerian lain.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya akan memberi penekanan kepada program-program baharu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk ditawarkan di Kolej KEDA.
"Tentunya kita juga melihat bahawa kursus-kursus TVET akan disesuaikan mengikut permintaan pasaran umpamanya teknologi baharu.
"Maka Kolej KEDA antaranya telah menawarkan kursus-kursus berdasarkan teknologi kenderaan elektrik, teknologi AI dan ini adalah kehendak pasaran sekarang," katanya.
Beliau juga menyeru kepada pusat tahfiz seluruh negara untuk menghubungi KKWD bagi mengadakan kursus-kursus TVET di pusat pendidikan itu yang turut diberikan bantuan bersesuaian.
"Kita minta mereka supaya menghubungi kami dan kami akan melakukan penelitian mengikut kesesuaian maahad tahfiz itu untuk kita bawa pelajar-pelajarnya bagi mengikuti kursus-kursus TVET," katanya sambil menambah terdapat 1,999 pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara ketika ini.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi KEDA Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada program Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Felda Sungai Tiang hari ini. - Foto BERNAMA
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
KEDA peruntuk RM674,000 untuk projek SPIKE 2023
Peruntukan itu membabitkan pembinaan rumah sampah, pembelian tong roro, pendedahan serta latihan kepada penduduk di 12 Desa KEDA.
KKDW fokus baik pulih, bina baharu rumah uzur di Kedah
Beberapa kawasan penempatan yang mempunyai rumah daif dan rumah uzur di bawah tanggungjawab KKDW telah pun dikenal pasti, namun kementerian masih menunggu senarai lengkap daripada KEDA.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina rumah baharu bagi 17 keluarga yang hilang tempat tinggal dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di Kupang, 4 Julai lepas.
KEDA bina 5,173 unit rumah untuk golongan miskin sejak RMK-4
Daripada jumlah itu, 1,311 rumah didirikan di 14 kampung tradisional, 3,862 rumah PPRT di 44 kampung di bawah Desa KEDA.
MB Kedah sedia jadi orang pertama terima suntikan vaksin COVID-19
Menurut Sanusi, pimpinan lain turut perlu bersedia menerima suntikan vaksin COVID-19 agar orang ramai tidak merasa takut.
Banjir di Kedah beransur pulih
Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di empat daerah di Kedah menurun kepada 325 orang membabitkan 73 keluarga berbanding semalam yang melibatkan 83 keluarga.