awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah sokong RCI Memali - Ahmad Bashah

Bernama
Bernama
14/01/2018
01:19 MYT
Kedah sokong RCI Memali - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri akan sama-sama membantu dalam penyiasatan itu kerana tragedi berdarah itu berlaku di negeri ini sendiri. -Gambar fail
Kerajaan negeri Kedah menyokong sekiranya Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) Memali ditubuhkan bagi menyiasat peristiwa berdarah yang mengakibatkan 18 terbunuh, termasuk empat anggota polis, 33 tahun lalu di Kampung Memali, Baling.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, malah kerajaan negeri sudah pasti akan sama-sama membantu dalam penyiasatan itu kerana tragedi berdarah itu berlaku di negeri ini sendiri.
Beliau pada Majlis Pecah Tanah Lot 1105 dan 1106 bagi projek perumahan milik Syarikat SK Grand Development di Mukim Langgar di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini, terdapat gesaan dari keluarga mangsa tragedi itu yang tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan dan mahukan RCI Memali ditubuhkan.
Dalam pada itu, kerajaan negeri katanya menyasarkan untuk menyediakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di semua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya berjaya meneruskan tampuk pemerintahan.
Setakat ini tujuh kawasan DUN sudah pun mempunyai projek PPR iaitu Kota Setar, Kuala Nerang, Ayer Hitam, Kepala Batas, Bakar Bata, Kuah dan Ayer Hangat di Langkawi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#Jawatankuasa Siasatan DiRaja
#kampung memali
#Kerajaan negeri Kedah
#MB Kedah
#memali
#RCI
#RCI Memali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan