MELAKA: Sebuah kedai menjual peralatan dapur dan elektrik serta empat kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Seri Duyong 2 di sini awal pagi tadi.
Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata sepasukan bomba dengan keanggotaan 35 orang digerakkan ke lokasi susulan panggilan kecemasan pada 12.23 tengah malam.
"Sejurus tiba di lokasi sembilan minit kemudian, didapati benar berlaku kebakaran kedai jenis separuh kekal yang berkeluasan 70x250 kaki persegi itu telah 80 peratus terbakar.
"Difahamkan pada waktu kejadian kedai telah ditutup dan kebakaran itu turut melibatkan dua kereta iaitu jenis Toyota Estima dan Proton Satria, satu lori jenis Isuzu dan satu van," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Muhammad Izwan Arief berkata api dapat dikawal kira-kira 3.40 pagi hasil operasi pemadaman oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil dibantu BBP Padang Temu, BBP Melaka Tengah, BBP Ayer Keroh dan BBP Tangga Batu.
Operasi itu tamat sepenuhnya pada 1.17 tengah hari selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya dan tiada risiko berbahaya telah dipastikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Operasi itu tamat sepenuhnya pada 1.17 tengah hari selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya dan tiada risiko berbahaya telah dipastikan. - Gambar hiasan
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
Tujuh blok rumah pekerja kilang di Kalabakan musnah terbakar
Tujuh blok rumah pekerja kilang papan yang mempunyai keseluruhan 130 pintu musnah dalam kebakaran di Jalan Brantian, Kalabakan awal pagi tadi.
JAS, Kualiti Alam pantau udara di lokasi kebakaran kimia
Penyiasatan tambahan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Gudang sisa bahan kimia di Bukit Pelanduk musnah dalam kebakaran
Gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali.
Lelaki warga emas maut dalam kebakaran di Klang
Seorang lelaki warga emas maut manakala adiknya terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas C, di Jalan Kereta Api Lama Batu 9, Klang, Selangor malam tadi.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
KKM lulus peruntukan bina bangunan baharu Klinik Kesihatan Tangkarason, Beluran
Peruntukan itu juga termasuk bagi kerja-kerja pembaikan kecil Dewan Kampung Tangkarason yang bernilai RM50,000.
SESB rugi RM40 juta dalam kebakaran stor kabel
Kabel itu adalah untuk diagihkan ke seluruh negeri, kebanyakannya digunakan membuat penyambungan bekalan elektrik ke rumah pengguna.