Kedaulatan undang-undang dinilai daripada segi penguatkuasaan dan penggunaannya secara adil dan saksama serta diaplikasikan terhadap setiap rakyat tanpa gentar dan pilih kasih, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah undang-undang, daripada peringkat cara ia digubal dan diluluskan sehingga cara ia dikuatkuasakan, adalah antara komponen yang akan menentukan taraf maju sesebuah negara.
"Kemajuan sesebuah negara amat dipengaruhi oleh keyakinan warga dan keyakinan dunia bahawa negara diurus tadbir secara adil lagi saksama berteraskan sistem dan institusi undang-undang yang berintegrasi lagi telus," titah baginda pada Konvokesyen Ke-22 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Baginda bertitah dalam dunia berteknologi tinggi dan tanpa sempadan masa kini, masyarakat dan rakyat lebih arif tentang hak dan undang-undang yang terpakai kepada mereka.
Menurut baginda masyarakat dan rakyat mudah mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber yang menuntut kepada perlunya budaya pengurusan lebih telus dan terbuka.
"Sistem dan institusi undang-undang yang berintegriti lagi telus, bergantung pada dukungan individu dan pengamal undang-undang yang berintegriti dan bersifat telus.
"Oleh itu, elemen integriti dan amalan ketelusan, amat penting untuk senantiasa disemai dan dipertahankan dalam kalangan pengamal undang-undang," titah baginda.
Sultan Nazrin turut menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi dan Anggota Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia di atas peranan dan komitmen serta usaha mereka memastikan piawaian amalan undang-undang di negara ini berada di tahap tinggi.
"Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia hendaklah tegas memastikan tahap profesionalisme pengamal undang-undang di negara ini sama sekali tidak dikompromikan," titah baginda.
Baginda turut meminta Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia supaya tidak melenturkan diri serta memberi laluan kepada sebarang permintaan atau desakan yang boleh mengkompromikan tahap piawaian yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2017
Baginda bertitah undang-undang, daripada peringkat cara ia digubal dan diluluskan sehingga cara ia dikuatkuasakan, adalah antara komponen yang akan menentukan taraf maju sesebuah negara. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM - Akhbar Satar
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
Lebih 6,000 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan tatatertib - Ayob Khan
Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lepas.
Pendidikan kunci untuk pupuk budaya ketelusan, integriti - KSN
Mendidik rakyat tentang rasuah penting untuk memupuk budaya ketelusan, akauntabiliti dan integriti, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.