Kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, Seri Teratai di Jalan Macalister di sini yang kosong selama 10 tahun akan diubah suai untuk didiami Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus berkata struktur bangunan warisan itu serta bumbungnya masih kukuh dan pengubahsuaian melibatkan kerja-kerja penyelengaraan serta pendawaian semula elektrik.
"Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang akan menilai kerja-kerja pengubahsuaian yang diperlukan untuk kediaman itu dan sekarang ini saya tidak dapat memberikan anggaran kosnya kerana ia bergantung kepada penilaian penuh pihak JKR.
"Selepas itu, tender terbuka akan dibuka kepada kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja itu. Saya jangkakan mungkin dalam tahun ini ia (kerja) boleh mula bagi membolehkan Ketua Menteri dan keluarganya menetap di Seri Teratai," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sri Teratai di sini hari ini.
Turut serta Pengarah JKR Pulau Pinang Shahabuddin Mohd Muhayidin.
Farizan berkata kediaman itu kosong selepas bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berpindah dari rumah itu hampir 10 tahun lepas.
"Beliau (Lim) hanya tinggal di Seri Teratai untuk masa yang singkat sebelum berpindah ke kediaman lain dan selepas itu Seri Teratai kosong, kami jadikannya sebagai rumah tetamu kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata kali terakhir kediaman itu diubah suai ialah antara tahun 2008 dan 2009 dengan kos RM145,000 dan selepas ia diubah suai banglo dua tingkat itu berada dalam keadaan baik, namun terdapat beberapa kerosakan kecil terutama di bahagian dalam rumah yang perlu dibaiki.
Beliau berkata kerja-kerja penyelenggaraan tidak akan menjejaskan struktur kediaman itu dan pendawaian elektrik perlu diganti kerana ia berusia lebih 20 tahun.
"Selain itu, beberapa kelengkapan di dalam Seri Teratai ditukar seperti langsir dan pendingin hawa kerana sistem pendingin hawa lama tidak dapat dibaiki lagi. Pengubahsuaian itu akan dibuat menerusi peruntukan semasa kerajaan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018
Farizan (kiri) mendengar penjelasan daripada Shahabuddin semasa melawat kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sebelum diduduki olehnya untuk dibaik pulih di Seri Teratai, Jalan Macalister, George Town, 26 Julai, 2018. -- fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.
91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf - Dr Zaliha
Sebanyak 91 klinik di seluruh negara yang dikategorikan sebagai daif telah siap dibaik pulih sepenuhnya, manakala 341 klinik dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini.
Peruntukan baik pulih bangunan sekolah daif diagihkan minggu ini
Datuk Pkharuddin Ghazali berkata peruntukan itu termasuk perbelanjaan membaiki kemudahan tandas yang sentiasa menjadi keutamaan.
Kos lebih RM4 juta baiki kerosakan akibat ribut - Nanta
Kerajaan menganggarkan kos bagi membaiki kerosakan di 29 buah sekolah di Kuala Lumpur yang mengalami kerosakan akibat ribut pada Jumaat lepas mencecah RM3 juta.
Kompleks Perahu Layar Hang Jebat di Melaka dijangka dibaik pulih
Kerja-kerja baik pulih akan dimulakan selepas menerima peruntukan khas daripada KBS selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan.
KBS kenal pasti fasiliti sukan yang perlu dibaik pulih
Penyelenggaran fasiliti sukan penting bagi memastikan pembangunan atlet di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan dengan baik.
Johor peruntuk RM5.2 juta baik pulih PPR Kempas Permai tahun ini
Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM5.2 juta untuk kerja-kerja membaik pulih Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini, bagi tahun ini.
LRT laluan Kelana Jaya alami gangguan teknikal, sedang dibaik pulih
Sebuah tren transit aliran ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya dilaporkan mengalami gangguan teknikal pada kira-kira 9 malam ini dan sedang dalam proses baik pulih.
Kompleks Sejarah Pasir Salak: Harap kerajaan negeri beri peruntukan, baik pulih secara berperingkat
Walaupun kos membaik pulih kompleks itu memakan belanja tinggi, namun ia boleh dibaik pulih sedikit demi sedikit.
Laporan audit: Projek naik taraf, baik pulih bangunan Parlimen lambat siap hingga 14 tahun
Pencapaian Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen yang sepatutnya mengambil tempoh enam tahun mengalami kelambatan siap hingga 14 tahun.