awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu: Keputusan Speaker berdasarkan Perlembagaan - PM Anwar

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
11/07/2024
03:25 MYT
Kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu: Keputusan Speaker berdasarkan Perlembagaan - PM Anwar
Anwar menyampaikan ucapan pada Global MADANI Forum 2024 di Kuala Lumpur hari ini. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengenai kedudukan enam Ahli Parlimen Bersatu yang dikekalkan.
Beliau juga meminta Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membaca tafsiran undang-undang Perlembagaan Persekutuan mengenai Akta Anti Lompat Parti secara menyeluruh dan bukan sebahagiannya sahaja.
Anwar berkata, ketetapan dibuat Johari tersebut adalah berlandaskan undang-undang yang memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan.
"Kalau tafsiran undang-undang kena baca seluruhnya, jangan pilih satu dan tinggal yang lain seperti mana dilakukan pimpinan Bersatu semalam.
"Ikut undang-undang. Bukan soal Perdana Menteri, soal ketua pembangkang. Dia ikut undang-undang. Dan tafsiran undang-undang itu serah kepada Speaker.
"Saya tidak tahu kenapa dia baca sebahagian dan tinggal sebahagian. Itu kaedah kerja politik Bersatu. Macam (dalam isu) BlackRock juga, (mereka) baca sebahagian dan tinggal sebahagian. Tidak betul," katanya.
Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan khas sempena majlis perasmian pada hari kedua Global MADANI Forum 2024 di Hotel Sunway Putra, di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai status enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang telah mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri dan kekal sebagai wakil rakyat.
Anwar juga mengingatkan bahawa semasa berada di pihak pembangkang, Pakatan Harapan telah mencadangkan supaya mana-mana ahli parti yang dipecat digugurkan secara automatik sebagai Ahli Parlimen.
"Kami tegas dalam memasukkan bahagian bahawa, jika dipecat, mesti gugur. Namun, Bersatu menentang ketika itu.
"Oleh itu, ia dimasukkan sebagai pengecualian. Jadi, kena baca Perlembagaan," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Muhyiddin Yassin
#Johari Abdul
#Ahli Parlimen Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan