awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keji! Bapa kandung didakwa kes sumbang mahram

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2018
04:39 MYT
Keji! Bapa kandung didakwa kes sumbang mahram
Tertuduh yang berusia 38 tahun itu bagaimana pun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof. - Foto Astro AWANI
Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung perempuannya berusia 15 tahun, pada Disember, lepas.
Tertuduh yang berusia 38 tahun itu bagaimana pun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga seorang pekerja kontrak itu didakwa mencabul dengan maksud seksual menyentuh payudara dan badan mangsa di sebuah rumah di Kampung Manis, Perai kira-kira jam 7.20 pagi pada 17 Disember lepas.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan - Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan pendakwaraya, Lim Saw Sim dan beliau tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan bagaimanapun hakim tidak membenarkan jaminan.
Hakim kemudiannya menetapkan 28 Januari depan untuk sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan bagi membolehkan tertuduh membuat lantikan peguam .
Topic Berkaitan
#anak kandung
#Anak perempuan
#Kanak-kanak
#keluarga
#Mahkamah Sesyen Butterworth
#mangsa
#sumbang mahram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan