KUALA LUMPUR: Jumlah kekuatan anggota dan pegawai polis di seluruh negara setakat 28 Februari lepas adalah seramai 134,978 orang dan jumlah itu dilihat tidak mencukupi dengan mengambil kira kepesatan pembangunan serta pertambahan penduduk.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, masalah kekurangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bukan hanya disebabkan kekurangan perjawatan tetapi juga masalah pengisian perjawatan kosong.
"PDRM ketika ini sedang dalam kajian untuk pengoptimuman perjawatan secara menyeluruh bagi Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai-balai polis.
"Menerusi kajian yang dijalankan, jumlah perjawatan ideal bagi semua peringkat sedang dikenal pasti bagi memastikan tiada masalah kekurangan perjawatan yang boleh mengganggu keberkesanan operasi, kekal relevan serta selari dengan dasar pengoptimuman sumber manusia perkhidmatan awam.
"Hasil kajian itu, PDRM telah membuat unjuran keperluan perjawatan baharu untuk balai-balai adalah sebanyak 4,940 perjawatan," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi kementerian berkenaan di Dewan Negara hari ini.
Selain itu, katanya PDRM juga telah mencadangkan perjawatan mengikut balai kategori A, B, C dan D yang ditentukan berdasarkan fasaliti balai, jumlah penduduk, jenayah indeks, jumlah laporan polis, jumlah sasaran penting dan ekonomi setempat.
Sementara itu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen mendapati pelaksanaan Quick Response Team (QRT) di di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Tambak Johor telah berjaya mengawal kesesakan berlaku, terutama pada waktu puncak.
Shamsul Anuar berkata hasil kajian tersebut menunjukkan QRT mampu meningkatkan jumlah pelepasan imigresen dengan kadar signifikan iaitu peningkatan 76 peratus di BSI dan 40 peratus di KSAB.
"Selain itu BSI juga telah menjalankan kajian dalam tempoh pelepasan di dewan pas BSI dengan kapasiti penuh 4,000 orang.
"Kajian itu mendapati selepas pelaksanaan QRT berserta kemudahan pagar automatik untuk rakyat Singapura, tempoh menunggu telah dikurangkan kepada tiga jam daripada empat hingga lima jam sebelum tempoh pelaksanaannya," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Shamsul Anuar berkata, masalah kekurangan pegawai dan anggota PDRM itu bukan hanya disebabkan kekurangan perjawatan malah masalah pengisian perjawatan kosong. - Gambar fail
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan
Anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi di IPD Alor Gajah.
Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan
Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) membabitkan nilai RM2,000 ditahan.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Anggota polis korban insiden bot karam Kapit dikebumikan di Sibu
Jenazah Allahyarham Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang lewat petang tadi.
Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta
Dua anggota polis yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, semalam telah ditukarkan serta-merta.
Lans koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah terhadap 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600.
Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
Empat lelaki ditahan disyaki curi kabel
Polis menahan empat lelaki semalam disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel di kawasan Taman Ipoh Jaya, pada 19 Feb lepas.
Program Madani Rakyat: Polis IPD Kuala Selangor digerakkan jaga keselamatan
IPD Kuala Selangor akan menggerakkan keseluruhan anggota bagi memastikan kelancaran dan keselamatan awam sempena Program Madani Rakyat.
PDRM semak semula modul pengambilan anggota baharu, elak salah laku
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyemak semula modul pengambilan anggota dan pegawai baharu susulan beberapa kes salah laku melibatkan warganya baru-baru ini.