Gua Musang antara jajahan di negeri Kelantan yang teruk dilanda banjir tahun ini. Setakat ini Gua Musang mencatatkan 6,947 orang kini ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan pada petang Rabu. (tiada perubahan berbanding tengah hari).

Sehubungan dengan itu, Kelab Anak-Anak Gua Musang akan mengadakan satu sesi kutipan sumbangan seperti seluar, baju, kain, makanan, dan sebagainya untuk mangsa-mangsa banjir di Gua Musang.

Beberapa wakil kelab dari Putrajaya, Ampang, Gombang dan Shah Alam telah menetap satu masa bagi mengutip sumbangan dan derma orang ramai.

Kepada yang ingin menyalurkan bantuan boleh hubungi:


Kelab Anak-Anak Gua Musang