KUALA LUMPUR: Beberapa lagi negeri hari ini mengikuti langkah kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri untuk penjawat awam negeri masing-masing.
Di Kota Bharu, KELANTAN Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud dalam persidangan media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) di Kota Darulnaim mengumumkan pemberian BKK RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah di negeri berkenaan.
Beliau berkata bantuan itu akan diberikan sebelum Selasa depan, melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan RM5.3 juta.
"Selain itu bayaran penghargaan ini akan turut diterima pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, penghulu, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan sebanyak RM250," katanya.
Di Alor Setar, KEDAH, Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut mengumumkan pemberian BKK RM500 kepada 5,221 penjawat awam negeri yang akan dibayar pada hari Isnin, melibatkan implikasi kewangan kerajaan sebanyak RM2.61 juta.
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri beliau berkata selain itu 2,335 pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) pula akan menerima bantuan Aidilfitri sebanyak RM200 yang akan dibayar pada hari yang sama.
Beliau berkata bantuan itu melibatkan implikasi kewangan kerajaan negeri sebanyak RM467,000.
Sementara itu Muhammad Sanusi berkata Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon, Alor Setar pada 18 April.
Di Kangar, PERLIS pula Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus raya RM500 kepada penjawat awam negeri Gred 56 dan ke bawah, di samping RM250 untuk pesara kerajaan negeri, dengan pembayaran akan dibuat sebelum sambutan Aidilfitri.
Beliau berkata pemberian turut dipanjangkan kepada kakitangan lantikan kontrak, yang keseluruhannya melibatkan peruntukan kewangan RM650,000.
"Mudah-mudahan dengan anugerah bonus ini akan meningkatkan lagi prestasi ekonomi peniaga yang berniaga di bazar Ramadan, (peniaga) kuih raya dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.
Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata lebih 6,000 penjawat awam di negeri ini menerima bantuan khas Aidilfitri RM500 yang akan dibayar pada Jumaat ini.
Beliau berkata bantuan tersebut bagi meringankan bebanan penjawat awam negeri termasuk staf badan berkanun serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam membuat persiapan perayaan itu nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Bantuan itu diharap dapat meringankan bebanan penjawat awam di negeri terbabit termasuk staf badan berkanun serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam membuat persiapan perayaan Aidilfitri nanti. - Gambar fail
Penolong pegawai mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu, salah guna harta
Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Melaka berhadapan enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahgunakan harta.
Pantau Agenda Reformasi: Apa kedudukan 6 MP & 1 ADUN Bersatu?
Saya ingin bersama dengan Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik, Universiti Malaya
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Pecah amanah: JSJK dedah dua kes baharu oleh firma guaman, pelanggan rugi RM8 juta
JSJK mendedahkan dua kes terbaharu membabitkan jenayah pecah amanah oleh firma guaman melibatkan kerugian wang pelanggan berjumlah RM8 juta.
Bersatu hantar surat kepada semua Ahli Parlimen, ADUN
Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah menghantar surat arahan bertulis majlis pimpinan tertinggi parti kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat itu mengandungi lima perkara utama bagi mengingatkan ahli parti tentang tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Bersatu.
Enam ahli Bersatu yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk mengakui menerima dan mengesahkan pematuhan semua arahan yang dilampirkan bersama surat khusus yang dihantar kepada mereka.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat itu mengandungi lima perkara utama bagi mengingatkan ahli parti tentang tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Bersatu.
Enam ahli Bersatu yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk mengakui menerima dan mengesahkan pematuhan semua arahan yang dilampirkan bersama surat khusus yang dihantar kepada mereka.
Baling bom petrol di pusat hiburan: dua lagi lelaki didakwa
Peguam M.V. Yoges yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan Muhammad Hasan mempunyai tanggungan enam orang anak serta isteri yang menghidap asma serta ibu mentua yang sakit tua
[TERKINI] Tujuh individu termasuk ahli keluarga direman pada Sabtu
Tujuh individu yang ditahan berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada Sabtu bagi mendapatkan perintah reman.
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
Poster bantuan khas kewangan RM700 palsu - JPA
Menurut JPA, poster itu merupakan dari tahun 2022 yang telah diubah suai.
Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji
Kerajaan Perlis bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji tertakluk minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri itu.
Pahang umum bantuan khas kewangan satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,000 kepada setiap penjawat awam negeri yang akan dikreditkan tahun depan.
Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada 5,600 kakitangan awam dan anggota pentadbiran di negeri itu.
Bantuan Khas Kewangan 2023 kepada penjawat awam, pesara dibayar 17 Jan
Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM350 kepada satu juta pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Jan depan.
Perak umum Bantuan Khas Kewangan sebulan setengah gaji untuk penjawat awam
Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan dengan kadar satu setengah bulan gaji dan minimum RM2,000 kepada penjawat awam di negeri itu.
MAINS serah lebih RM1 juta sumbangan Aidilfitri
Bantuan khas kewangan itu juga turut diberikan kepada Pusat PDK dan Pusat Jagaan Anak Yatim di bawah JKM Negeri Sembilan.
Bantuan khas kewangan Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam Kelantan - MB
Bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada setiap penjawat awam di negeri itu bermula daripada gred 56 dan ke bawah.
Penjawat awam Selangor terima satu bulan gaji bantuan khas kewangan hari raya
Bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam Selangor akan dibayar pada 27 April ini.
Banjir: Melaka perlu pertimbang bantuan khas kewangan untuk mangsa - Mas Ermieyati
Ramai mangsa banjir memerlukan bantuan kewangan ekoran bencana alam yang menyebabkan sehingga 90 peratus kerosakan barangan rumah.