awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian tujuh beradik miliki kad pengenalan berakhir
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAINS serah lebih RM1 juta sumbangan Aidilfitri

Bernama
Bernama
23/04/2022
02:03 MYT
MAINS serah lebih RM1 juta sumbangan Aidilfitri
MAINS turut memperuntukkan RM7.31 juta bagi bantuan kepada golongan asnaf, anak yatim dan pelbagai institusi.
SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyerahkan sumbangan Aidilfitri sebanyak RM1.84 juta kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan (PINTA).
Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir berkata bantuan khas kewangan itu juga turut diberikan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Jagaan Anak Yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.
Beliau berkata bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada guru KAFA setiap seorang melibatkan RM824,000; bantuan sokongan program PINTA (RM710,000) manakala PDK dan Pusat Jagaan Anak Yatim JKM sebanyak RM305,000.
"Syukur kepada Allah SWT, bagi tempoh suku pertama Januari hingga Mac, MAINS berjaya membuat kutipan zakat berjumlah RM29.5 juta," katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan MAINS, di sini malam tadi.
Abdul Aziz berkata MAINS turut memperuntukkan RM7.31 juta bagi bantuan kepada golongan asnaf, anak yatim dan pelbagai institusi antaranya melibatkan bantuan bulanan, makanan asas, bantuan tambahan perayaan serta pengagihan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir
#bantuan khas kewangan
#MAINS
#sumbangan Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan