Kerajsan Negeri Kelantan pernah tidak meminta sedekah tetapi adalah menjadi kewajipan bai kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan kewangan kepada kerajaan Negeri, kata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi berkata kerajaan negeri hanya meminta hak yang sepatutnya diberikan kerajaan pusat kepada Kelantan.
“Itu kewajiban kerajaan pusat. Dalam konsep federalisme kita mesti sedar Kelantan sebahagian dari federalisme diamalkan. Dimana ada kelantan juga bayar cukai.
“Kelantan ada hasil bumi dia. Yang kerajaan Pusat ambil. Itulah kewajiban Pusat, kena bayar balik kepada kerajaan Negeri. Itu tanggungjawab. Kita bukan minta sedekah,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Pagi tadi Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan bukti bahawa Kelantan meminta bantuan RM97 juta kepada kerajaan Persekutuan.
Pendedahan Guan Eng itu adalah susulan kecaman hebat yang diterimanya gara-gara kenyataan dibuat dalam Dewan Rakyat mendakwa Kelantan kekurangan duit membayar gaji kakitangan kerajaan Negeri.
Mengulas mengenai itu, Hadi berkata kerajaan Negeri sejak dulu membuktikan mampu untuk membayar hutang dan perkara itu belum tentu dapat dilakukan oleh Pulau Pinang.
“Semua negeri ada hutang bukan kita saja. Tapi kerajaan Negeri mampu bayar hutang dia secara berperingkat dalam tadbir urus dah masuk 28 tahun kita boleh bertahan dalam kepungan.
“Saya percaya Pulau Pinang tidak boleh buat macam tu, tak mampu buat macam Kelantan kalau tidak ada hasil macam Kelantan," katanya lagi.