awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan, Terengganu, Kedah catat permohonan paling rendah untuk sertai IPR - Rafizi

Bernama
Bernama
07/03/2023
08:14 MYT
Kelantan, Terengganu, Kedah catat permohonan paling rendah untuk sertai IPR - Rafizi
Rafizi berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM750 juta di bawah Belanjawan 2023 untuk melaksanakan IPR yang memberi tumpuan kepada mengupayakan golongan B40 dan miskin tegar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah mencatatkan jumlah permohonan yang paling rendah untuk menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan pada minggu lepas.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM750 juta di bawah Belanjawan 2023 untuk melaksanakan IPR yang memberi tumpuan kepada mengupayakan golongan B40 dan miskin tegar di seluruh negara untuk meningkatkan potensi pendapatan setiap isi rumah.
"Sudah tiba masanya kepimpinan kerajaan negeri yang dikawal oleh Perikatan Nasional (PN) memastikan perancangan ekonomi di peringkat negeri juga sama baik.
"Saya syorkan adalah lebih baik bekerjasama menyambut usaha kerajaan Persekutuan kerana peruntukan telah diberikan dan program telah disediakan," katanya menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PAS-Permatang Pauh) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Rafizi berkata kerajaan telah memperuntukkan 50 peratus daripada perbelanjaan pembangunan di bawah Belanjawan 2023 kepada lima negeri termiskin iaitu Sabah, Kelantan, Sarawak, Kedah dan Terengganu.
Sementara itu, beliau berkata Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES dan BA) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2022 dijangka diterbitkan pada pertengahan 2023.
HIES dan BA dijalankan dua kali setiap lima tahun dan data ini digunakan untuk pelaporan sosioekonomi dan input kepada penggubalan dasar kerajaan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Inisiatif Pendapatan Rakyat
#B40
#miskin tegar
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan