awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan tiada masalah pengambilan tanah untuk lanjutkan ECRL ke Rantau Panjang

Bernama
Bernama
27/03/2024
09:10 MYT
Kelantan tiada masalah pengambilan tanah untuk lanjutkan ECRL ke Rantau Panjang
Mohd Nassruddin berkata projek ECRL mampu memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi negara dan Kelantan akan memberi kerjasama penuh bagi tujuan itu. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah pengambilan tanah jika cadangan pelanjutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga Rantau Panjang dipersetujui kerajaan MADANI, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Beliau berkata projek ECRL mampu memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi negara dan Kelantan akan memberi kerjasama penuh bagi tujuan itu.
"Kalau cadangan itu dipersetujui, dari segi pengambilan tanah kerajaan negeri tiada masalah langsung, kita akan bagi kerjasama sepenuhnya, malah Kelantan antara negeri paling cepat di Malaysia (melaksanakan) projek ECRL.
"Kita berharap perkara ini mendapat perhatian kerajaan Persekutuan memandangkan Kelantan bersempadan dengan Thailand dan projek ini akan turut dimanfaatkan mereka sekali gus akan menguntungkan negara," katanya ringkas kepada pemberita pada Program Iftar Mahabbah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di sini semalam.
Sebelum ini, media melaporkan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berharap projek ECRL dapat disambung sehingga Rantau Panjang.
Baginda bertitah ia bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi antara sempadan selain mampu mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.
Pada Isnin lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata ECRL telah mencapai kemajuan sebanyak 62.40 peratus bagi keseluruhan jajaran ECRL yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor, setakat bulan lepas.
Projek ECRL sepanjang 665 km yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion itu akan menghubungkan Kota Bharu dengan Terminal Bersepadu Gombak yang hanya mengambil masa empat jam berbanding tujuh jam dengan menggunakan jalan raya atau lebih 12 jam semasa musim perayaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#ECRL
#Mohd Nassuruddin Daud
#MB Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan