Kelemahan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor adalah punca utama kemerosotan kualiti kebersihan di negeri itu, kata Tan Sri Noh Omar hari ini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu yang menyifatkan pakatan itu sebagai 'pakatan cacamarba' berkata, Selangor adalah antara negeri yang paling banyak sampah tidak dikutip, sekali gus merekodkan kes denggi yang tertinggi di Malaysia.
"Punca berlakunya masalah ini adalah kerana kerajaan Selangor menolak pemakaian Akta 672 di mana mengikut akta itu, kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM2.2 billion setahun untuk membersihkan sampah-sarap.
“Bagaimanapun, peruntukan itu hanya diberikan kepada negeri yang menerima pakai akta tersebut dan Selangor tidak,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Keluarga Bahagia 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield di sini.
Akta 672 merujuk kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, bertujuan mengawal selia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam bagi maksud menyenggarakan kebersihan yang sepatutnya dan bagi perkara yang bersampingan dengannya.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kekecewaan dan kebimbangannya terhadap dakwaan kelemahan kerajaan Selangor dalam menguruskan infrastruktur dan prasarana Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Subang 1.
“Saya akan cuba bantu menyelesaikan isu penyelenggaraan bangunan dan kebersihan di PPR Lembah Subang 1 kerana ianya merupakan inisiatif kerajaan Persekutuan.
“Apa yang berlaku ialah kerajaan Persekutuan bangunkan PPR dan setelah siap, kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk uruskan.
Tetapi mereka (kerajaan Negeri) hanya mengutip sewa tetapi tidak menguruskannya dengan baik,” jelas Ahli Parlimen Tanjung Karang itu.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Noh mencadangkan kepada Jabatan Pelajaran Selangor untuk mewajibkan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk mengadakan program mengumpul dana.
Kata beliau, program itu wajib diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi membantu sekolah meningkatkan kualiti infrastruktur dan prasarana sekolah.
"Walaupun kerajaan memberi berbilion peruntukan, ianya masih tidak mencukupi untuk membiayai kerja penyelenggaraan sekolah.
“PIBG harus memainkan lebih banyak peranan agar sekolah dapat menumpukan perhatian dalam meningkatkan kualiti dan pencapaian akademik pelajar,” kata beliau.
Sehubungan itu menurut Tan Sri Noh, kementeriannya juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada sekolah untuk membantu meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
“Kementerian saya akan buka tawaran kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan khidmat jabatan di bawah kementerian seperti Jabatan Landskap, Jabatan Bomba dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal untuk membangunkan dan menambah baik prasarana sekolah,” katanya.
Bernama
Sun Jul 31 2016
TAN SRI NOH: Selangor adalah antara negeri yang paling banyak sampah tidak dikutip, sekali gus merekodkan kes denggi yang tertinggi di Malaysia. - Gambar fail
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
'Kelemahan pemerintahan punca kebersihan Selangor merosot'
Kelemahan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor adalah punca utama kemerosotan kualiti kebersihan di negeri itu, kata Tan Sri Noh Omar.