TAIPING: Masalah birokrasi dan sistem penyampaian yang lemah dikenal pasti sebagai punca kekurangan bekalan ikan di negara ini.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata kelemahan tersebut jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan kekurangan bekalan ikan terus berlarutan.
"Keadaaan ini berlaku sehingga menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga ikan dan rakyat memerlukan bantuan segera.
"Sekarang simpanan ikan tidak ada, kalau ada... kita boleh bagi percuma kepada rakyat," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pengerusi LKIM Bersama Nelayan dan Masyarakat di Changkat Jering, dekat sini malam tadi.
Pada 22 Mei lepas, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) Abdul Hamid Bahari berkata pendaratan ikan terutama di utara Semenanjung Malaysia berkurangan hingga 70 peratus iaitu daripada lebih sejuta tan kepada kira-kira 300,000 tan sebulan berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak dua bulan lepas.
Syed Abu Hussin berkata beliau telah membentangkan masalah bekalan ikan kepada Lembaga Pengarah yang dianggotai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi supaya melakukan tindakan segera dalam hal itu namun masih tiada jawapan balas.
"Sampai hari ini LKIM belum lagi mula menyimpan ikan sedangkan kita mempunyai kilang membeku ikan tetapi tidak jalan dan 1,000 tan metrik tong sejuk beku yang kita ada juga terbiar.
"Ikan sejuk beku boleh disimpan sehingga dua tahun," katanya.
Beliau berkata persediaan perlu dibuat dengan membeli lebih banyak ikan untuk disimpan memandangkan keadaan laut ketika ini bukan musim tengkujuh.
"Kita mempunyai Selat Melaka dan Laut China Selatan. Kalau terdesak dan ikan berkurangan... di mana kita hendak mencarinya. Bagi mengatasi krisis bekalan ikan, hendaklah cepat-cepat turun ke laut," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022
Masalah birokrasi dan sistem penyampaian yang lemah dikenal pasti sebagai punca kekurangan bekalan ikan di negara ini. - Gambar hiasan
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
AWANI Ringkas: Media Malaysia tidak bincang isu sensitif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
Indeks Kebebasan Media: Tidak wajar guna acuan mana-mana negara - Ahmad Zahid
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) tidak seharusnya menggunakan acuan mana-mana negara sebagai piawaian.
OIC mesti bertindak banteras Islamofobia, hipokrasi Barat - Menteri Luar Negeri
Tindakan parti politik berhaluan kanan, pemimpin agama dan entiti negara-negara Barat yang membakar sentimen Islamofobia merupakan sikap hipokrasi dan dwistandard yang memalukan.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian
Seorang pempengaruh media sosial menjual sebuah van klasik, Volkswagen Kombi dengan harga mencecah RM200,000.
Perpaduan negara Islam sedunia selesaikan isu sedunia
Menteri Luar Negeri mengetengahkan pandangan Malaysia berhubung isu berkepentingan umat Islam seperti situasi di Palestin dan Timur Tengah, Islamofobia, golongan minoriti masyarakat Islam dan kerjasama ekonomi.
Nelayan Perlis bakal wujud stesen minyak mudah alih
Stesen minyak mudah alih yang bakal diwujudkan PELARIS dijangka membantu meningkatkan pendapatan persatuan itu.
LKIM lulus bina 257 rumah nelayan tahun ini
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meluluskan pembinaan 257 unit rumah nelayan di seluruh negara menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) tahun ini.
Belanjawan 2024: LKIM laksana libat urus kenal pasti masalah, keperluan nelayan
Ia bagi mengenal pasti masalah dan keperluan infrastruktur industri perikanan untuk permohonan Belanjawan 2024.
LKIM perkenal satu persatuan, satu produk bantu tingkat ekonomi nelayan
LKIM memperkenalkan projek satu persatuan nelayan, satu produk sebagai usaha meningkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan.
LKIM perkenal pasar nelayan bergerak
LKIM memperkenalkan projek pasar nelayan bergerak sebagai salah satu usaha meningkatkan ekonomi nelayan dan membantu rakyat membeli ikan segar, pada harga yang lebih rendah.
Salah guna bantuan, nelayan berdepan tindakan tegas - LKIM
Nelayan yang dikesan menyalahgunakan bantuan yang diberikan kerajaan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk pembatalan sebagai ahli persatuan.
Kerajaan Pulau Pinang peruntuk bantuan pukat RM1.614 juta untuk nelayan tahun ini
Bantuan pukat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada semua nelayan yang berlesen di negeri itu meningkat kepada RM1.614 juta pada 2023 berbanding RM959,600 pada tahun lepas.
Tragedi ikan buntal: Keluarga mahu peniaga diheret ke mahkamah
KKM dan LKIM digesa menguatkuasakan akta sedia ada dan mengheret mereka yang bersalah ke mahkamah.
RM192 juta untuk naik taraf Pelabuhan Chendering - Mohamad Sabu
Kerajaan memperuntukkan RM192 juta bagi projek menaik taraf pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering.
LKIM minta nelayan berdaftar dengan persatuan
Yusoff Othman berkata pihaknya hanya dapat membantu nelayan yang menjadi ahli sahaja selain banyak faedah boleh diterima.