MALAYSIA
Kelindan lori maut dilanggar ketika lintas lebuh raya

Mangsa merupakan kelindan lori yang berhenti akibat tayar pancit, dan dilanggar ketika cuba melintas ke lorong kanan. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai sedang melintas jalan dari lorong kecemasan maut akibat dilanggar sebuah kereta di KM238.4 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Ayer Keroh-Senawang di sini hari ini.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga Indonesia maut dilanggar kereta ketika melintas dari lorong kecemasan di KM238.4 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Ayer Keroh-Senawang.
- Mangsa merupakan kelindan lori yang berhenti akibat tayar pancit, dan dilanggar ketika cuba melintas ke lorong kanan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.
"Sebelum itu, lori dinaiki mangsa telah berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemandu lori dan kereta tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.
Kemalangan itu, katanya sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami