Dipercayai akibat pemandu mengantuk, seorang kelindan maut apabila lori tiga tan yang sedang dalam perjalanan menghantar barang terbabas ke dalam parit di kilometer 65.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran susur keluar Pendang.
Dalam kejadian jam 9 pagi Selasa, mangsa berusia 40-an dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami manakala pemandunya berusia 30-an parah.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, sebaik menerima panggilan berhubung kejadian sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang bersama sembilan anggota dan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba anggotanya membantu mengeluarkan mangsa daripada lori terbabit.
Mohamadul Ehsan berkata, pemandu lori yang cedera itu patah tangan dan kaki manakala kelindannya warga Bangladesh disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian.
Beliau berkata, mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani oleh EMRS BBP Pendang manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Adie Sufian Zulkefli
Tue May 19 2020

JBPM: Sepasukan anggota bomba dan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. - Gambar Astro AWANI

Desak tutup sekolah, perkemas sistem PdPR
Tutup sementara sesi persekolahan dan kelas dibuat secara dalam talian susulan peningkatan kes COVID-19. Itu antara gesaan para ibu bapa tatkala melihat kluster melibatkan institusi pendidikan terus meningkat.

Kebajikan | Isu tunggakan gaji kakitangan UCSF diselesaikan
Isu tunggakan gaji kakitangan dan tenaga pengajar Universiti Kolej Yayasan Sabah akan diselesaikan. Itu jaminan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Malah kata Hajiji, pihaknya akan memanggil Pengarah Yayasan Sabah bagi mendapat perincian isu itu.

Kebakaran | 150 penduduk hilang tempat tinggal, rumah terbakar
Lebih 150 penduduk Kampung Sundang Laut, di Batu Sapi Sandakan hilang tempat tinggal dalam kebakaran pada Rabu. Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, lebih 30 buah rumah hangus dijilat api.

Harga Siling | Harga ayam di Sibu terkawal
Tinjauan di beberapa pasaraya Sibu pula mendapati, harga ayam yang dijual terkawal.

Harga Siling | Peniaga merungut harga ayam dari pembekal mahal
Beli dari pembekal lebih mahal daripada harga siling ditetapkan. Bagaimana nak jual? Itu rungutan peniaga ayam mentah, selepas pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021. Sekaligus mereka berdepan kerugian.

Kerusi DUN Baleh | Terpulang kepada Abang Johari - Masing
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing, sedia lepaskan kerusi DUN Baleh sekiranya diminta berbuat. Jika diminta mempertahankan kerusi, beliau akan berbuat demikian. Kata masing semua itu bergantung kepada kebijaksanaan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Kebakaran | Persiapan Aidilfitri tiga keluarga musnah
Ini pula tiga keluarga di Kampung Sri Pandan, Putatan diuji pada bulan Ramadan. Rumah mereka terlibat dalam kebakaran besar. Ia berpunca dari sebuah rumah dan kemudian merebak ke tiga rumah berhampiran.

Kongsi Nasib Asia | Tingkatkan usaha bina komuniti berkongsi nasib Asia
Presiden China, Xi Jinping menyatakan negara-negara Asia berjaya memperkasakan integrasi ekonomi serantau di samping mendorong pembangunan sosioekonomi dalam tempoh dua dekad. Ini sekali gus menjadikan asia sebagai kawasan paling dinamik dan memiliki masa depan cerah dalam ekonomi global.

Keretapi Kargo | Jumlah perjalanan kereta api kargo China-Eropah meningkat
Jumlah perjalanan kereta api kargo China-Eropah catat 3,398 kali pada suku pertama tahun 2021. Menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC) dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin, angka itu meningkat 75 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Kapal selam hilang di perairan Bali mungkin terkandas di jurang berkedalaman 700 meter
Indonesia meminta bantuan dari dua negara jiran iaitu Singapura dan Australia dalam misi pencarian KRI Nanggala-402.

Kereta terbakar, seorang parah, empat cedera ringan
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 9 malam tadi ketika kereta jenis Proton Wira yang mereka naiki dalam perjalanan ke Kamunting.

Akibat salah faham, pesakit COVID-19 diisytihar mati dua kali
Akibat salah faham, seorang pesakit COVID-19 diisytihar telah meninggal dunia dua kali oleh sebuah hospital di India.

Motosikal kemalangan terbakar akibat minyak yang dibawa, penunggang parah melecur
Dua lelaki parah melecur apabila motosikal yang mereka tunggang terlibat dalam kemalangan lalu terbakar.

Kanak-kanak tiga tahun berkelakuan aneh positif dadah selepas dijaga bapa tiri
Kebimbangan seorang ibu yang melihat anak lelakinya yang berusia tiga tahun berkelakuan aneh terjawab apabila anaknya didapati positif dadah.

Penunggang motosikal maut dilanggar lori dipercayai mengundur
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di kawasan ladang getah berhampiran Kampung Binjai, melibatkan Mohd Sofian Nurudin, 52 tahun, yang berada di belakang lori tersebut.

Mangsa mungkin dibunuh sebelum dibakar
Sukar untuk mengenal pasti punca kematian sebenar mangsa disebabkan keadaan mayat yang rentung.

Suami isteri lapor polis siasat kematian bayi angkat
Suami isteri lapor polis siasat kematian bayi angkat

Telekung merah pemberian terakhir arwah Iqbal kepada ibu
Noraini Jaafar, 54, berkata anak keduanya itu menghantar gambar menu berbuka puasa dan gambarnya memakai uniform untuk ke tempat kerja dua hari lalu.

Kereta dirempuh pemandu lawan arus, isteri meninggal dunia, suami dalam ICU
Mangsa meninggal dunia pada pukul 11 pagi selepas dua hari menerima rawatan di unit rawatan rapi, Hospital Seberang Jaya.

Kanak-kanak dua tahun cedera diserang anjing dingo
Kanak-kanak tersebut dikatakan cedera di bahagian kepala serta badan dan dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter.