awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa pusat penyelidikan utama di Jerman
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Malaysia: Jangan cari kesalahan, tapi duduk berunding - Penganalisis

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/08/2021
09:14 MYT
Keluarga Malaysia: Jangan cari kesalahan, tapi duduk berunding - Penganalisis
Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dijadikan gagasan besar, kata Prof Abdul Latif Bakar. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Semua parti politik diseru supaya tidak lagi mencari kesalahan, sebaliknya duduk bersama dan berunding mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap kemelut yang sedang dihadapi negara.
Pensyarah Kanan Universiti Islam Malaysia (UIM), Tan Sri Prof Abdul Latif Bakar berkata, konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dijadikan gagasan besar.
Menurut beliau, kebersamaan yang dikehendaki Ismail Sabri wajar diambil peluang demi kepentingan rakyat.
"Saya yakin dengan adanya kerjasama semua (pihak) untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan COVID-19, dan kita duduk berunding.
"Parti pembangkang saya rasa pun ada ilmuan dan pemikir yang baik. Sekarang kita menyelesaikan masalah ini, selepas itu kita fikir kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang," katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
BACA: PM ajak semua Ahli Parlimen selamatkan Keluarga Malaysia
Abdul Latif berkata, parti pembangkang juga perlu mempertimbangkan pelawaan Perdana Menteri untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.
"Sekarang kita pergi ke era baharu di bawah Ismail Sabri yang mempunyai visi yang baik.
"Kita menyokong, dalam kalangan menteri mesti pihak yang berkualiti dan dalam kalangan pembangkang pula turut bersama dalam MPN," katanya.
Semalam, Perdana Menteri memperkenalkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang menurut beliau diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.
Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Keluarga Malaysia
#Kabinet Baharu
#pm ke-9
#Al-Sultan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan