awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tular video bergaduh di restoran: Kes selesai cara baik - Polis
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
Rebooz Hydrogen Technology pemenang minggu ketiga Innovathon 3
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga mangsa buli, T. Previin bimbang keselamatan anak

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2017
13:15 MYT
Keluarga mangsa buli, T. Previin bimbang keselamatan anak
Previin yang turut mengalami kecederaan sedih tidak mampu menolong rakannya kerana turut dipukul. - Foto Astro AWANI
Keluarga mangsa buli T. Previin, 19, bimbang keselamatan anaknya yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang selepas sering dikunjungi individu tidak dikenali.
Menurut bapa saudaranya, MGR Devan, mereka sekeluarga juga dihubungi individu tidak dikenali meminta butiran peribadi mangsa.
Justeru beliau meminta agar pihak hospital menempatkan Previin di tempat yang lebih selamat.
“Ramai yang datang, ia tidak selamat, ramai juga yang membuat panggilan. Saya beritahu mereka (hospital) untuk tempatkan ditempat selamat. Kita tidak tahu siapa yang melawat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Malah katanya satu laporan polis mengenainya juga telah dibuat bagi memastikan keselamatan anak saudaranya.
Dalam kejadian Sabtu lalu, Previin dan rakannya T. Nhaveen yang kini koma, dipukul sekumpulan lelaki di Taman Tun Sardon, Gelugor.
Sementara itu Previin yang turut mengalami kecederaan sedih tidak mampu menolong rakannya kerana turut dipukul.
“Selepas dipukul saya dapat melarikan diri menaiki motosikal dan memberitahu keluarganya (T. Nhaveen).
"Mereka suka buli dan tumbuk kami. Nhaveen seorang yang lemah lembut dan orang yang baik,” katanya.
Nhaveen 19 tahun disahkan mati otak dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#buli
#Hospital
#ICU
#koma
#mangsa
#polis
#T Previin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan